Dalam dunia ni, ada macam2 jenis orang. Setuju tak? Tapi yang aku nak fokus ni orang yang bertuah dan orang yang kurang bertuah. Pernah tak kau tengok orang yang badan solid molid 36-26-36 ? Pastu kulit lawa flawless melepak haiss tak tau nak cakap macam mana lah kan! Hidung mancung bak seludang, pipi pauh dilayang, mata bundar, bibir merekah bak delima. (haha.. peribahasa untuk sedapkan ayat! )Pastu rambut mengurai lembut macam buat rawatan stim ( pastu beliau berkata : eh, taklah. Cuma rejoice... haha )
Orang camni, pandang sekali nak pandang lagi kann..Kalau aku pun nak menoleh dua tiga empat lima enam kali sampai leher naik jammed apatah lagi lelaki secara umumnya dan lelaki mata keranjang khasnya. Cukup tak dengan fizikal begitu?? hah?! Tak cukup lagi??? Baiklah, kita tambah lagi...
Dia anak orang kaya. Mampu naik kereta yang bapak kau pun tak mampu beli dengan duit kerja seumur hidup. Shopping bukan takat di tesco atau jusco tapi ke klcc, pavillion, boulevard.. Kadang2 siap tempah tiket ke paris nunnnn ( macam la barang kat malaysia ni dah habis) Hidup memang tak payah fikir apa. Duit mak bapak kalau guna sampai mati pun tak habis. Siap boleh pas kat anak cucu cicit sekali kan..... Dapat pulak pasangan setaraf, Anak dato' , anak tan sri. Kenduri kahwin?? Tak main la kat laman rumah. Kat hotel la! Ntah lima enam kali resepsi kotttt.. Tu belum kira bulan madu tour europe. Haiiiii memang jels la menengoknya kannnn!!!
Tapi,,,,,,, ada jugak manusia yang tak berapa nak bertuah sangat. Dah la badan pun tak cantik, muka pun tak lawa, kaya??? JAUH SEKALIIIII.... Kalau nak makan, kerja lah.. tak kerja takde lah makan. Kalau beli ikan di pasar basah tu boleh dikira shopping, maka kira pernah shopping la kann..Nak mengharap ke tempat mahal2 memang tak mampu la. Mungkin tak pernah idamkan punnn...
Berbeza tak mereka berdua?? Ya!! zahirnya beza bagai langit ketujuh dengan earth core. Bagai kutub utara kutub selatan. bagai hitam dan putih. bagai....argghh berbagai2 lagi lah kan. kau pikir sendiri!
Tapi kan, ada yang kita kena ingat. Dari mana semua kecantikan tu? Dari mana semua kekayaan tu? Yaaa... Semua dari Nya! Kalau DIA kata nak ambik, sedetik pun boleh hilang semua. and kalau DIA nak, si miskin tadi boleh jadi kaya tak semena2. boleh jadi cantik tiba2!
Itulah..semua milikNYA, bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan janganlah mendabik dada di muka bumi Allah ini. Bagi yang bertuah, berkongsilah dengan insan lain kerana dalam setiap rezeki kita, ada hak orang lain. Dan bagi yang kurang bernasib baik, bersabarlah dan terus berdoa. Mungkin ada ganjarannya suatu hari nanti di alam yang abadi~
nota kaki : aku golongan mana? Tengah2 kott.. huhu.