Cerita ni dah lama tersimpan ku pendam dalam hati. Sampai dah jadi cerita klasik.
Alkisahnya si pentipu yang bertebaran di mana-mana. Sentiasa mengejar si dewi malam dengan panah hatinya. Konon panah itu mampu menyembuhkan luka. Katanya panah itu dari syurga yang mampu memberi seribu keajaiban. Si dewi ketawa. Sudah lapuk madah bawaan si pendukung panah hati. Si dewi telah bertemu banyak pendukung panah hati dan pernah juga panah itu mematikan jiwanya. Sudahlah sudahlah. Si dewi sudah tidak sanggup lagi. Bawalah pulang panahmu itu. Ya! Susah sungguh, keras sungguh hati si dewi. Rabak di hati angkara pemanah lama belum terubat masakan hendak merelai diri dipanah sekali lagi. Oh tidak.
Terharunya apabila si pendukung hati tetap berlegar disana sini cuba mendekati si dewi. Manisan dari langit dibawa turun dan dipersembahkan kepada si dewi. Warna warni pelangi turut dikumpul menjadi satu lalu dililit di keliling si dewi. Bunga-bunga segar taman purba dihias indah dan di kalungkan ke leher si dewi. Semuanya kelihatan dan kedengaran begitu indah namun, si dewi masih ragu. Terselit kerisauan kebimbangan. Terselit prasangka di hati perawan si dewi. Pendamping dewi yang setia turut meragui kejujurannya dan tidak merestui andai panah hati itu ditusuk ke dada si dewi. Maka, si dewi pun mula mengatur permainan untuk menguji kesungguhan si pembawa panah. Bermain kejar-kejar di belantara, terbang ke langit biru, mengunci diri di balik awan, semua dilakukan.
Si dewi memohon pada yang kuasa agar menunjukkan segala kebenaran di depan matanya agar tidak tersilap langkah gerak tarinya di kemudian hari. Si dewi tidak ingin lagi patah kaki dan remuk jiwanya seperti pemanah terdahulu. Tidak sanggup lagi si dewi merasa sakitnya panah yang ditusuk semat ke dada ditarik dengan rakusnya tanpa memikirkan peri perihal si dewi. Si dewi terus memohon dan memohon...
Alkisah di kemudian hari, sewaktu mengintai di balik awan itu, terlihat oleh si dewi panah palsu yang di punyai si pembawa panah. Rupanya panah yang asli telah selamat dipanah ke dada si jelita. Si dewi berasa sedih dalam kesyukuran. Sedih kerana percaturan penipuan si pembawa panah hampir2 memakan dirinya. Dan sedih kerana dia menyenangi si pembawa panah sebagai seorang sahabat namun segalanya musnah dengan penipuan yang terbongkar. Apa lagi alasan si pembawa panah sudah tidak mampu dicerna si dewi. Baginya, pembawa panah palsu seperti itu memang akan sentiasa berputar alam di sekitar alam raya untuk meneruskan misinya. Si dewi tersenyum gembira keran permohonannya didengar dan dikabulkan sebelum sempat dia merasa sakitnya panahan palsu yang dikhuatiri turut beracun.
Besar sungguh hikmah yang ditemukan oleh si dewi. Dan si dewi telah belajar banyak perkara dan memanjatkan kesyukuran yang terbesar kepadaNYA kerana segalanya terbentrang di depan mata. Subhanallah. Masyaallah.
hatiku berkata: amacam kisah klasik ini? haha