Monday, March 14, 2011

Literature buat otak dan tangan cramp

Aku baru lepas abes paper Literature tadi.
Masa yang diperuntukkan 3 jam tapi siyesly tak cukup!
Kau giler sape yang keluar awal? Bapak teror..huhu~ aku jeles ngan korang.
Aku ni bab2 literature memang sedia maklum lembab sikit! :(
Lagi2 tang nak analyse segala tuh! Memang aku blur. Kalau aku ada pandangan pn selalu dalam kelas tu pandangan aku salah/ tak tepat sangat.
Sedih tak? Kalau tak sedih pun, sila sedih sekarang!
Aku selalu cakap ngan kawan2 aku yang aku rasa aku ni slow learner sket.
Aku jenis lambat catch up kot..huhu~ in certain subject lah. Not all! grr..
My lecturer for literature, miss sally once said that i am like Bus Chin Lian Long.
Kau tau amende tuh?
 hMM.. Aku pun tak tau and malas nak google ( aku bukan yong minah google)
Tapi menurut miss sally lah kan.. bus tu bus buruk kat kuching sarawak nunnn..
Huhu..jauhnye aku dapat persamaan nih.
Bus tu slow and traditional. Maknanya aku pun slow ? :P 
hahaha.. Aku pun tak tau laaa.. Ye kottt...

Kenapa kau lambat sangat ni nurin??

ntah laa.. aku tak tau !

Ok, berbalik pada paper literature aku tadi. Soalan dia susah!
Sapa cakap senang, aku belasah baru tau ( motif : jeles )
Untuk soalan bahagian poem, dia bagi 2 poems untuk kitorang analyse.
Yang tragisnye, poem tu kitorang tak pernah tau.
Kira fresh poem la kan sebab tak termasuk dalam buku literature yang kitorang dok guna tu.
First poem dia "The Soul Selects Her Own Society"
Haha! amek kau! 
Aku membaca tajuk je dah tak paham..
Bile baca lagi confius.
Pastu, next poem THE WORLD apentah tajuk dia.. lupa plak aku. heheh~
Tapi yang ni aku paham sket lah. KOTTT.. hmm

Ok, pastu cam biase la kan, 4 soalan short story, 1 soalan novel, and 1 drama.
Aku bukan tak tau. Aku tau, aku ada idea tapi masa mencemburuiku..hukhuk
Sampai menggigil tangan nak habiskan. Memang sempat jawab semua tapi yang last tu cam hampeh sket sbb rushing plus tulisan cakar siput!

So, my friends and i dah try our best and thus, kitorang redha lah... 
Doa dan tawakal.




p/s : doakan kami :)

Wednesday, March 9, 2011

Yang bernyawa pasti akan pergi

Kisah bermula bila nenek sedara aku, nenek sakyah kembali ke rahmatullah sebab accident.
 Kalau tak silap aku, ni kematian first dekat jalan umah nenek aku...
Em.. kat kampung aku, selalunya adik beradik duduk dekat2 
so, satu jalan dengan umah nenek adalah umah atok jalil+nenek sakyah, 
moyang aku( yang lelaki dan perempuan) and umah atok lehan+nenek saunah.
Bila nenek sakyah meninggal, tinggallah atok jalil duduk umah tu sorang2 sebab anak2 pn dah besar and duduk kat umah sendiri.

Mula2, terasa kehilangan tapi cam biase2 je lah kan..Tapi kadang2 sedih jugak sebab teringat yang nenek sakyah selalu tegur aku tym aku sidai kain. Bila Allah dah ambik dia, tak ade lah orang yang tegur2 aku tym sidai kain lagi..
Tapi tak ape, aku percaya ajal maut tu di tangan Allah..
Semoga nenek sakyah senang di sana...
Tak lame lepas tu, atok lehan pulak meninggal.. ( kalau tak silap tak sampai setahun nenek sakyah pergi)
Sedih sangattt... Aku rapat jugak dengan atok lehan. Selalu kalau kenduri kendara atok lehan datang tolong and suka borak2. Walaupun gaya dia cakap cam kasar sket tapi sebenarnya dia baik. Dia selalu kacau2 aku, selalu terkejut2 kan aku.. huhu..
Tapi sekarang, semua tu tinggal kenangan...
Masa atok lehan meninggal, aku tak balik. Aku tak ingat kenapa tapi bile aku tak tengok dengan mata kepala aku sendiri, aku jadi susah nak percaya. Aku rase cam dia masih ada sebab  mata kepala aku tak menjadi saksi yang atok lehan dah selamat dikebumikan.
Tapi macam mana pun, sebagai muslim,aku kena percaya pada ketentuan Allah.
Semoga atok lehan ditempatkan di kalangan hamba yang beriman. amin~

Kisah ini tak berakhir di sini.
Dalam 3,4 bulan after atok lehan meninggal, nenek saunah a.k.a isteri arwah pulak pergi menghadap Illahi.
Masa nenek saunah sakit, aku sempat tengok 2kali kat hospital. Tym 2 aku cuti so, bolehlah melawat. Memang masa kat hospital tu da nampak seolah2 takde harapan. Badan nenek saunah kurus sangat. Nenek yang baik, suka bertanya dah tak bermaya atas katil hospital. Aku ingat lagi, kali terakhir kitorang lawat nenek saunah kat hospital, mama sempat bisik kat telinga nenek saunah. Mama bagitau yang mama datang melawat and mama mintak maaf kalau mama ade salah and silap. Ayah yang suruh mama cakap camtu. Maybe sebab ayah dah boleh rase yang masanya semakin hampir.
Akhirnya nenek saunah kembali pada penciptanya.
Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia. amin~

Kosonglah sebuah rumah bila ownernya menghadap Illahi.
Jalan tu makin sunyi. 
Tak ade lagi borak2 petang kat tepi tangga.
Tak ade lagi usapan manje dari atok dan nenek utk cucu2nya.
Tak ade lagi bergotong royong utk kenduri kendara.
Ahli kami makin kurang....

Tahun ni pulak, moyang lelaki aku pergi menghadapNYA. 
Aku panggil moyang aku ni oyot laki sebab keluarga aku jawa.
Umur oyot dah seratus lebih.
Alhamdulillah oyot pergi dengan cara yang senang. 
Arwah pergi sebab sesak nafas. Mula2 arwah baring lepas tu dia gerak badan sket nak mengiring kalau tak silap aku tapi, tibe2 dah tak bergerak.
Bila atok aku datang check, oyot dah tak ade.
Kesian oyot perempuan tinggal sorang2 tapi nasib baik ade atok jalil. Dia temankan oyot waktu malam2. Kadang2 kalau acik aku balik, dia tidur umah oyot gak. Temankan oyot perempuan.
Masa oyot laki meninggal, aku tak balik. Aku kat uitm mase tu tapi, mase kenduri arwah hari ketiga, aku balik kampung.
Ku tengok oyot perempuan menangis. Sedihnya lah rase hati aku.
Mesti dia rase sunyi, rase sepi.. 
Yelah dah berpuluh tahun hidup sama pastu terpaksa terima hakikat yang Allah lebih menyayangi pasangan kita.

Masa ni aku terpikir something. Aku yang break up dengan bf pun rasa sedih giler. Menanges bagai hape ntah! Aku admit, susah nak lupa. Lagi2 bile ingat balik moment together and tengok barang2 dia yang ade pd aku.
Sedangkan, kalau nak kire, aku tak ade ikatan pun dengan dia.
Tapi oyot hilang suami.
Orang yang lalui hidup dengan dia dari zaman sebelum merdeka sampailah dah bercucu cicit.
Mesti terasa sangat kehilangan tu. Aku tak terbayang........
 Jadi, jalan tu makin sunyi... Makin kurang ahlinya...
Tak sampai 4o hari oyot meninggal,
Amri and Fauzan pulak pergi pada usia yang muda.
Amri and Fauzan ni cucu pada atok lehan and nenek saunah.
Kirenye ni dua pupu aku.
Isnin lepas, arwah accident.
Aku sangat terkejut...
Aku dapat mesej dari mama masa aku kat sungai congkak.
Aku terdiam.Tak sangka.
Aku tengah seronok2 dengan kawan2 aku tapi, 2 orang saudara aku meninggal.
Aku terbayang aku ternampak  abang amri dekat PAS bulan lepas.
Aku terbayang aku jumpa Fauzan masa raya dengan tangan yang patah sebab accident.
Tapi sekarang? diorang dah tak ade.
Diorang ni just dua beradik. Allah ambik dorang sekali gus.
Aku terbayang macam mana mak ayah diorang, wak jaliah and wak ayob.
Nauzubillah~ tak sanggup rasanya nak membayangkan.
Lagi2 bila meninggal sebab accident.
Kereta tu terbakar. Orang sempat tarik abang amri daripada terbakar sekali dalam kereta. Tapi mase tu, abang amri dah tak ade.
Orang cuba tarik fauzan pulak. Tapi, dia tersepit and api terus marak.
So, orang tak dapat tarik fauzan........

Kalau sape2 yang baca paper semalam, Selasa 8 January 2011, ade berita pasal accident tu.

Maka, pergilah mereka dua beradik menyahut janji Allah.

Dalam masa yang dapat dikatakan singkat, banyak kematian dalam keluarga aku.
Aku doakan semuanya ditempatkan di Jannah yang indah.

Namun, kisah ini tak berakhir di sini....
Kisah ini tak mungkin berakhir...


Yakinlah yang bernyawa pasti akan pergi. 
Termasuk aku. Mungkin esok, lusa atau sekarang ni.
Hanya Allah yang tahu.

Walau apa pun, jom kita sama2 berdoa supaya kita mati dalam agama yang mulia, 
agama islam dengan kalimah syahadah dan ditempatkan di kalangan hambanya yang beriman. Amin~

Al- Fatihah buat mereka yang telah pergi.


































Tuesday, March 8, 2011

tamat sudah

Hari ni hari jumaat, 3hb Mac 2011.
Hari ni hari yang penuh barakah kerana Jumaat ialah penghulu segala hari.
Alhamdulillah, semoga kita turut mendapat keberkatanNya pada hari ni.

Tapi, hari ni jugak, kelas terakhir untuk semua budak asasi.
More specific, TESL students.
Sedar tak sedar dah setahun aku kenal kau,kau,kau, dan korang semua.
Apa perasaan aku?? Aku seronok sangat!
Kenal korang bermakna aku tambah kenalan aku. Aku kenal makin ramai umat nabi Muhammad.
Kenal korang bermakna aku semakin lengkap sebab korang sebahagian dari aku.
Kenal korang bermakna macam2 ragam dah aku jumpa! haha.

Syidah dengan gilanya
Dyanne dengan Biebernya
Yong dengan fabulousnya
Malina dengan badan kurusnya
Mimi dengan Fathinya
Nyna dengan MP3nya
Nashra dengan Aimannya
Aiman dengan Nashranya
Zhafa dengan gelaknya
Afif dengan garangnya
Rauf dengan malunya
Zakwan dengan specknya
Fattah dengan charmingnya
Arif dengan telinganya
Faiz dengan Chris Martinnya
Shu dengan hensemnya
Maya dengan rambutnya
Feza dengan bodynya
Nor Syamimi dengan sopannya
Yaya dengan putihnya
Bazlaa dengan sorang2nya
Nisa dengan diamnya

Asyraf dengan Chelseanya
Din dengan sarcasticnya
Thoriq dengan tall, dark, hensemnya
Fathi dengan seluarnya
Hilmi dengan motornya
Am dengan slang utaranya
Fara dengan rajinnya
Amal dengan tudungnya
Fns dengan bracesnya
Wan alia dengan samosanya
Azaa dengan broom2nya
'Alia dengan alimnya
Nora dengan muka seriusnya
Famun dengan bajunya
Fatin dengan specialnya
Wan dengan 'supporting detail'nya
Syaz dengan halusnya
Yam dengan cantiknya
Rus dengan manjanya

See?? macam2 ragam ada kan? Haha seronok sangat sekelas dengan uoalss...
Kalau ikutkan hati aku nak tulis pasal semua Teslian tapi alamak! tak sempat pulak. maybe lain kali kay! haha..


Apapun, thanks semua sudi jadi kawan aku selma ni. Mungkin aku bukan kawan yang baik untuk korang and aku pun manusia biasa yang tak sempurna, ada cacat celanya kat mana2 tapi, korang as kawan aku melengkapkan ketaksempurnaan tu.
Terima kasih korang!
Surely, nanti aku rindu semua and moment kita sama2. Pahit dan manis.
Aku harap kau, kau, dan kau tak lupakan aku tau!
Keep in touch ya!



Lots of love <3
Nurin 










p/s : kawen jangan lupa jemput! hikhik