Sunday, February 13, 2011

tak tau ape bende

Masih jelas di ruangan mata,
Suka duka antara kita
Yang kau janjikan untuk kita berdua
Lalui bersama.

Kau dan aku sama mengayam impian
Sama memeterai ikatan janji
Atau mungkin hanya aku yang bermimpi
Atau hanya aku yang memegang janji

Sukarnya untuk mempercayai dan menyayangi
Dan mudahnya untuk kau meranapkan sekeping hati
Janji menjadi debu
Angan menjadi batu
Kata menjadi sembilu

Dukaku bahagia untukmu
Tangisku tawa bagimu

Maafkan aku.
Akal ini mungkin tidak lagi waras,
Senyum ini tidak lagi ikhlas
Kerna jasadku masih di sini tetapi rohku entah ke mana

Mencari sekeping hati yang hilang
Cuba menghidupkan semula hati yang mati
Walau mungkin nanti bangkitnya hati ini
Tidak seperti dahulu.


p/s: tetiba aku jumpe sajak ni dalam lappy. eh?? jumpa ke reka?? huhu.. ntah xtau....
bace je la k

4 comments:

  1. i thnk u should take literature la dude...huhu...nice poem! love it!

    ReplyDelete
  2. amboi, pandai dok bersajak2, hahaha~

    ReplyDelete
  3. malina, setakat 1sajak xpayah nak literature sgttt.. hahah
    z, ehem2! bakat terendam hahahah
    syida, mmg JUMPA ok!! hahah

    ReplyDelete