Friday, December 31, 2010

tahniah buat skuad negara!

Tahniah buat skuad bola sepak Negara! Kemenangan tu membuktikan kita mampu pergi lebih jauh lagi. Puas aku terpekik terlolong depan tv malam2. Huhu. Bukan ape, cuak+excited=cuxted yang melampau. Separuh giler aku menjerit tapi, bile bapak aku balik..aku kne slow down sket ah. Kang kena marah pulak. Huhuh.
Apepun aku bangga dengan skuad kita yang kuat fizikal dan mental. Mana tak nya, macam2 provokasi yang orang2 indon buat kat kita. Kononnya kalah sbb laser lah, Malaysia guna ilmu hitam lah, itulah..inilah..Adoi.matanglah sikit wahai sedara sedari sekalian. Kalau Malaysia mampu kalahkan lawan dengan bomoh, tak payah la susah2 buang peluh buang lemak lawan bola tuuuu…Baik mandrem dari jauh je. Hah! Kn…
agak2 ni ke 'bomoh malaysia' ye????

proud of malaysia! yeah

Haa! Yang pasal isu laser tu.. ekeleh.. macam la diorang tak pernah buat. Diorang yang ‘ajar’ Malaysia guna laser dlu. Tapi, Malaysia tak melatah pun masa kena laser tu walaupun kalah. (bravo Malaysia!) Cukup2 lah tu, adat perlawanan..ada menang ada kalah. Bersaing secara sihat lah kan. Takkan semuanya nak salahkan orang lain je. Nampak sangat sikap tak matang and budak2 tu.
haa. tengok.. sape start dlu weiii




Diorang patut malu sebenarnya sbb kita layan diorang dgn baik. Bagi cari rezeki kat sini. Anggap macam saudara serumpun, seagama..tapi, apa balasan diorang? Skuad kita diprovok waktu latihan, banner kutuk Malaysia terpampang sana sini, hina jurulatih kita dll..
huh! provokasi overrrr

ish3. ni bole menimbulkan kebengangan nih
siap kena naik baracuda nak ke stadium ni wei.
npe?? bayangkan la ... huhu

Hello kawan, ni aku nak bagitau sikit. Selama ni, ntah2 duit yang korang bli tiket tgok bola tu pun dari Malaysia tau! Berapa ramai sedara mara korang yang datang kerja kat Malaysia sama ada scara sah atau tak. Berapa??? Penyokong indon yg datang bukit jalil pn ramai giler.. macam dah nak same penyokong Malaysia dah. Macam mana bole datang kalo tak kerja kat sini? Aku jamin la.. tak sampai 100 orang pn kot yang btol2 terbang dr indon ke sni semata2 nak tgok bola. Sbb apa? Sbb kat tempat sendiri nak makan pn parah.. ni kan pulak lagi nak berjoli tgok bola ye?? Haha. Yang dtg tu pun hartawan2 n aktres2 je yg mampu. . Haaa.. ingat sket. Ni tak sedar diri pulak. Siap keluarkan ugutan,fitnah,propaganda hape2 ntah. Patutnya berdoa untuk menang. Bukannya nak serang orang lain pulak. Haiiyaa!
However, aku tau bukan semua yang buat macam tu..segelintir aje tapi segelintir tu la yang merosakkan and memburukkan semuanya. Akhirnya, segala provokasi diorang tu tak berjaya pun haha! Malaysia tetap juara. Walaupun mungkin akan ada lebih banyak fitnah or kata2 dari orang yang tak dapat menerima hakikat, piala Suzuki tetap milik kita. Amin..
hiyarhhh!! tahniah semua!!! :)

hamboi.. seronok norhh.. huhu
da xkisah dah masing2 bau ape. janji menang !

go safee sali ! penjaring terbanyak!

Tahniah buat semua pemain!  Saya bangga! Saya puas!
we're da champion! TAHNIAH SEMUA! :)

Wednesday, December 29, 2010

Syabas Malaysia!

Tahniah aku ucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia sebab berjaya kalahkan Indon 3-0! Hah, puas hati aku tengok. Korang bayangkan kalau kite kalah.. malu wei! Dah la main kat padang sendiri. Mesti cowok2 and cewek2 indon tu semua bangga tahap petala kelapan la wei kalau dapat kalahkan kite! Mesti berlagak giler2 babeng. Huh!
haha. kami menang. buekk! :P



Tak dilupakan, special thanks to Safee Sali yang dah tolong pasukan kite menang dengan 2 gol and satu lg gol daripada Ashari. Safee Sali dah bagi 2 gol untuk team kite mase lawan Vietnam haritu. And semalam dia bg lagi dua. Cewahh Safee..ade can nak jadi penjaring gol terbanyak tuh! Hehe.. So far, Safee dah kalahkan si Gonzales tu sbb Safee da sumbangkan 4 gol.. Gonzales baru 3. Haha!
yaa! itu dia!


haa.. cium jgn x cium bang! hehe

Comel jugak si Safee tu kan? Haha. Da la paling rendah dlm team Malaysia  (kalau xsilap aku la..) Pastu, mulut dia cm besar sket. Hehe. And gigi dia pn cute. Aku mmg ada habit tengok gigi orang. Aku pun xtau kenape. Hehe. Tapi, kawan aku  si Syidah Fouat tu da tau sangat peel aku ni. So, kadang2 dia yg tolong observekan bg pihak aku. Haha! Sengal punya Syidah!
homaigoddd!! ngeeeeeeee~ nak laaariiiiiiiii
like <3 hehehe


Eh3.. cam da terkeluar topic lak. Tibe jer pasal gigi. Huhu. Haa…sambung balik cerita bola ni. Walaupun seronok dengan kemenangan kite tapi, ade la benda yg tak berape menyenangkan usus dan limpa aku ni. Ini berkenaan sikap rakyat tanah tumpah darahku ini. Ada ke patut jual tiket yg sepatutnye utk org Malaysia pd org indon. Wei! Agak2 sket ah bro.. tau la nak cari untung, cari ‘rezeki’ tapi takkan la sampai jual maruah. Tak ade semangat patriotic langsung! Ish3.. renung2kan dan selamat beramal!
Pastu ade plak yang baling2 mercun ..ewah2 ingat ni tengah pesta hari raya? Jagala sket attitude tu. Takkan sampai macam tu. Nanti kalau tertangkap sape susah? Korang jugak yg susah.. Negara pn dpt malu..Ok? lain kali jangan buat lagi ye anak2!  J
jangan buat lagi hokay!!!! behave please :)
Akhir sekali, marilah kite same2 berdoa dan sokong Malaysia utk final kat indon plak. Harap2 tak ade la insiden2 tak diingini berlaku lagi2 yg melibatkan mandrem2, keganasan, dll… yela, kat sane kan masih lagi kuat dengan benda2 hitam camtu, Jadi sentiaselah kite berdoa mintak tolong dariNYA. GOOD LUCK MALAYSIA!



good luck uoalsss!


and..........









welcome suzuki cup!

Friday, December 24, 2010

aku sangat perlukan yong!

Yong!
Aku tak tau da kenapa blog aku ni mcm dah giler. Da berterabur da. Selalu yong yg tolong aku manage semua ni. Aku da try sendiri tp at the end, it become worst! huhu. Aku tak tau ape yg aku dah buat. Tapi, blog aku ni dah jadi serabut n messy! uhukhuk ( terlentok jap kat meja) .
Yong! muncullah di sini ! 

Tuesday, December 21, 2010

For you.

     Aku ada kawan. Aku kenal dia ni  sejak tingkatan 1 lagi. As time passes by, we grow up, develop our own personality but, we are friend. Still. Nak dipendekkan cerita, aku ngn dia ni masih la contact sampai sekarang. Walaupun tak ada la kerap sangat tp, ada la jugak. And semalam masa aku tgah blogging, dia tanya aku tgah buat ape. Aku bagitau la kan yg aku tgah blogging. Dia kata dia nak jd stalker blog aku. Nak tengok ape aku tulis kat blog. Nak tgok ada tak aku tulis pasal dia dalam blog aku ni. And.... as you wish ISKANDAR KARIB, i tulis post ni utk you! hahaha.
                                                            
haha. buekk :P
                                                               

Monday, December 20, 2010

Tragedi hujan

    


      Hujan lebat mencurah-curah kat luar tu. Dari siang td hujan dah menggila macam tak ada hujungnya. Hujan membawa rahmat tapi, hujan jugak kadang-kadang menimbulkan kesulitan pd kita insan biasa ni. Hari ni, aku ada tragedi hujan. Kisah bermula bila aku terkejar2 nak ambik poster and buku listening speaking aku kt locker library. Masa tu dlm pukul 1.45 pm. Aku ada class meeting utk final drama kitorang pukul 2. Pastu, aku ada kelas listening and speaking pukul 3 dan... aku ada presentation tentang visual aids. Aku bertanggungjawab utk bercakap ttg poster and tips for presentation. Aku da siapkan dah poster aku tu and aku tinggalkan dlm locker sbb aku malas nk usung poster tu ke hulu hilir masa kelas pagi..
     
       Alkisahnya bermula bila aku kalut nak pergi ambik poster tu ngan main text aku. Waktu tu hujan renyai je. Boleh redah lagi la. Setakat basah dua tiga titik ape ada hal kan?? Aku pergi library ngan dyanne. Dia pn nak ambik buku dia. Bila sampai library, baru aku sedar. AKU TAK BAWAK KUNCI LOCKER! HUHU. Alang-dah sampai library tu, aku pn pergi la gune OPAC jap. Nak cari buku pasal Sayid Sabiq utk islamic studies punya assignment. Malangnya, buku yang aku nak tu ada kt PTAR N.9. So, g tak sempat la kan nak g pnjam pulak. Bila aku keluar dari library, baru sedar, hujan giler lebat! Tp, nak tak nak kena la redah jugak kn.. Nak kena pergi meeting and kelas nih!Aku ngan dyanne tanya abg library ada payung tak. Niat d hati nak meminjam payung lah ni. Tapi,diorang tak ada payung dan akibat daripada ketiadaan payung tu, kitorang terpaksa la guna surat khabar utk redah hujan.

     
         lari-lari dalam ujan


Sampai je TESL square, aku nampak Ku Zulhelmi ada payung. Aku pn pinjam dari dia sbb aku kena pergi library balik nak ambik poster ngn buku aku. Masa tu hujan dah makin lebat gileerrrrr.. Aku terpaksa jugak pergi. TERPAKSA OK! Dengn payung tu, aku peargi la redah hujan ke library. Memangla aku ada payung tapi hakikatnya aku ttp basah jugak! huhu. kain aku mmg dah tak boleh nak diselamatkan la. Kasut aku pn lencun and aku decide utk bukak kasut sbb kasut tu melmbatkan pergerakan aku. Dgn basahnya, aku sampai ke library and ambik poster ngn buku tu. Tapi, masalah tak selesai lagi ni! MACAM MANA NAK BAWAK BALIK POSTER TU TANPA BASAH? Aku nampak surat khabar dalam library so, aku pun ambik dan balut. Rasa bertanggungjawab giler nak lindung poster tu. Biar aku basah, jangan poster yg basah! Lepas da wrap poster dgn paper, aku pn lagi sekali kena redah hujan nak patah balik ke kelas ni. Bayangkan.. angin da la kuat. Sebelah tgn pegang payung. Sebelah lagi pegang kasut, buku, poster. Haru biru sungguh!


Elok-elok aje aku nak seberang longkang utk pergi kat laluan yg berbumbung tu, BUKU AKU JATUH DALAM LONGKANG! Aku tak tau nak buat ape so, aku terus lari kat laluan berbumbung tu. Aku cam terkedu jap pastu aku letak kasut aku pastu aku patah balik nak ambik buku aku dalam longkang tu. Buku  aku still ade sbb da tersekat dalam longkang tu tapi, vcd yg ada dlm buku tu gone.... Aku tak nampak dah and aku tak ada masa nak cari. Hujan lebat giler ni wei! Aku pun  terus ke kelas dengan basah lencun tu......









                                                            

lagi penemuan hebat oleh orang islam..

hah!~ seperti yang aku janjikan..(walaupun lmbat) nilah lagi antara penemuan orang islam yg membantu kemajuan dunia tau....

4. SYAMPU
    Orang arab lah yg menggabungkan minyak sayuran dgn sodium hidroksida dan minyak aroma. Lepas tu barulah diperkenalkan kpd masyarakat England oleh org Islam yg membuka kedai mandian wap di Brighton pd tahun 1759 dan dipilih sebagai penasihat syampu utk King George IV dan William IV.


5. PEMBEDAHAN
     Kebanyakan alat bedah moden pada hari ini adalah berbentuk sama seperti yg digunakan pd kurun ke-10 oleh pakar bedah muslim bernama Al-Zahrawi. Pisau bedah,gergaji pemotong tulang, gunting kecil, dan kebanyakan 200 peralatan yg direka masih digunakan hingga kini.

6. SUP
     Ahli Ibnu Nafi, bernama Ziryab dtg dr Iraq ke Cordova pd kurun ke-9 dan membawa bersama konsep 3 bahagian sarapan sup, diikuti dgn ikan atau daging dan buah-buahan atau kekacang.  (emmmm,..sedap tu.. huhu)

7.CEK BAYARAN 
    HAAAA.. cek yg kita dok guna sekarang ni ...( ni utk org byk dwet je ye..) haha... berasal dr saqq, ikrar bertulis utk membayar barangan yang dihantar, yg digunakan org arab pd masa dahulu utk mengelakkan penghantaran wang melalui daerah merbahaya. Pada kurun ke-9, seorang peniaga Islam boleh menunaikan cek di China yang mana banknya berpengkalan di Baghdad. (emm...dah lame wujud tau cek2 ni! )


8. ROKET DAN TORPEDO
   Sebenarnya, org Arab yg mula2 dapat tau campuran potassium nitrat boleh digunakan dlm peperangan. Pd masa tu, askar kristian takut pd senjata org islam ni. Pd kurun ke-15, mereka telah mncipta roket dan torpedo dlm bentuk buah pear dgn tombak tajam di hadapan yg akan meletup bila terkena sasaran.

9.KINCIR ANGIN
     Kincir angin telah direka pd tahun 634 oleh khalifah Parsi dan digunakan utk mengisar jagung dan mendapatkan air utk pengairan. Kincir tu ada 12 bilah kipas bersalut fabrik/daun pokok kurma. Ia digunakan 500 tahun sebelum kincir angin pertama digunakan di Eropah.


    

Saturday, December 11, 2010

penemuan hebat oleh orang islam

     Kita selalu anggap orang barat tu hebat. Sebab apa?? Sebab diorang pandai.. penemuan diorang berguna kepada kita.. Tapi, hakikatnya, kita tau tak sebenarnya, banyak penemuan2 sains dan sebagainya tu, dipelopori oleh orang islam?? aku ulangi.. ORANG ISLAM!. Aku tau ni pun dari surat khabar seleksi yang mak aku beli bila ntah.. so, marilah kita same2 tambah ilmu :))


1. KOPI
   

 Seorang lelaki pengembala kambing berbangsa arab,Khalid, yg membela kambing di wilayah Khaffa, bahagian selatan Ethiopia, mendapati kambingnya menjadi lebbih bertenaga selepas makan sejenis buah. Then, dia pun rebus buah tu dan itulah kopi pertama dalam sejarah manusia. Pastu, air kopi jadi makin famous bile dieksport ke Yemen di mana para sufi minum kopi ni utk qiamullail (emmm.. benda ni dah lame aku tak buat .. huhu). Pada tahun 1645, minuman ni sampai ke Venice, pastu dibawa memasuki England pada 1650 oleh warga Turki barnama Pasqua Rosee(emm..tak tau aku cmne nak sebut name dia ni ..). Pasque Rosee ni la orang pertama yg buka  coffee house di Lombart Street, London.
     Dalam bahasa arab, kopi dipanggil qahwa.. then, mnjadi kahve di Turki, CaffE' di Itali, dan coffee di England.


    Seterusnya......


        2. CATUR
       Permainan berupa catur telah dimainkan oleh masyarakat India purba tapi, permainan ni dibangunkan menjadi seperti yg kita main hari ni di Persia. Bermula dr Persia, berkembang ke Eropah dan tersebar hingga ke Jepun. Perkataan buah catur ni berasal dr perkataan rukh Parsi yg bermaksud rata.


 

Next...!

      3.PAYUNG TERJUN
      Beribu-ribu tahun sebelum adik beradik Wright , seorang penulis syair, pengkaji bintang, pemuzik, dan jurutera bernama Abbas Ibnu Firnas telah membuat beberapa percubaan utk membina mekanikal terbang. Pd tahun 852, dia melompat dari menara Masjid Utama di Cordova menggunakan pakaian khas dengan topang kayu (tau tak topang kayu ni ape? kalau tak tau, sila google..) Abbas berharap dapat terbang mcm burung tapi dia gagal. Namun, pakaian khas dia tu melambatkan kejatuhannya so, dia jadi orang pertama yang buat ciptaan berkonsepkan payung terjun, dan dia hanya luka2 sikit aje :)
     Pd tahun 875, dia dah berumur 70  tahun tapi, dia masih lagi tak putus asa n cuba lagi sekali dengan mekanikal yg lebih sempurna. Dia telah menggunakan kain sutera dan bulu burung helang. Kali ni, dia melompat dr sebuah gunung. Dia terbang pada satu ketinggian n kekal kat situ slame 10 minit .. uiiishhh,. xgayat ke dia ni ek??
emmm.. dia mengalami sedikit kemalangan mase mendarat. Semua ni sebab dia tak letakkan ekor pd alatnya. Kalau dia letak, mau terbang tak turun2! haaa~






Nak tau lg??? tunggu post seterusnya eh.. hehee.. see ya ! <3


Friday, December 10, 2010

Duit

     Aku baru je balik dari ATM bank islam dekat intec ni haa. Aku dah tau dah duit aku dalam tu tak ade la banyak sangat pn. Ada RM300++ je pn pastu aku merancang nak keluarkan RM150. Banyak nak guna duit la awal2 sem ni. Nk kena bayar duit buku, pastu nak pergi tengok orkestra lagi, dan paling tak tahan, NAK BAYAR DUIT DENDA MAWAR OK!! Bukan seringgit mahupun dua ringgit tapi, RM40! Mungkin bagi sesetengah orang ciput je tu tapi bagi aku, besar nak mampos!  OPSS.. besar je.. uhukhukhuk~ Tapi, aku bersyukur jugak lah.. untuk 7 kesalahan yang aku buat, aku hanya perlu bayar RM40 .. heheh. :)
    Lagi satu benda yang merunsingkan kepala otak, limpa usus, dan segala organ dalaman aku sekarang ni hal yuran plak! Adoiii... RM475+RM210. haa,, korang kire la sendiri berapa ye anak2! The worst part is, we have to pay it using or money first! ohhh.. mana aku nak cekor duit nih?? Memang la mama bole bagi tapi kesian la gak.. Aku bukan anak tunggal, ada 3 lagi budak2 bawah aku haa.. adoii2.. Pastu, duit maybe masuk bulan February 2011. Korang tau x apa maknanya??? Tu maknanya, duit tu masuk tahun depan !! Macam mana nak hidup ni makk???!! Moga2 murah la rezeki mak aku nak bagi aku duit utk bayar segala mak datuk nenek2 cucu cicit punya duit ni..huhu  
     Haa.. sebenarnya aku ni nak cerita yang duit baki aku dalam bank tu tinggal RM232.32 je sekarang ni. Bole la untuk survive seminggu dua lagi.. Tapi macam mana dengan minggu2 seterusnya?! Any idea?
broken ! huhu~
kalau aku dapat duit ni,seriously aku belanja korang movie n makan!



Wednesday, December 8, 2010

Selamat menyambut Maal Hijrah

  
   Salam ukhuwah semua! :)

   Selalu kite beria-ia sambut tahun baru masihi. Siap ada countdown lagi, konsert sana sini, bunga api dll. Tp, bila sambut tahun baru hijrah, kita semua (termasuk aku la nih. huhu) buat derk je.. Mungkin terlupa atau mungkin buat-buat lupa and lagi parah kalo ada yang memang plan tak nak ingat pun! (harap2 kita semua tak tergolong ye):) Tak tau dimana silapnya sampai masjid-masjid tetap kosong sampaikan bagi masjid yang besar2 tu, tiang lagi banyak dari jemaah tau! ish3.. Apakah kita terlalu sibuk sampaikan tak ada masa walaupun satu jam atau mungkin setengah jam untuk sama mengimarahkan malam tahun baru kita ini? ataupun kita sememangnya sudah lupa tentang semua itu??\
   Ini la harga yang perlu dibayar atas nama kemajuan dan globalisasi. Kita semakin sibuk mengejar dunia dan akhirnya kita terlupa kehidupan di akhirat sana yang lebih bermakna dan kekal abadi. Cuba kita same2 pikir ye... Kite sanggup keluar awal, beratur panjang untuk beli tiket movie terbaru.. Kita sanggup menghadap komputer berjam2 sehari untuk layan gosip2 artis, chatting dgn kawan, boyfriend etc TAPI, kenapa susah sangat untuk kita luangkan sikit masa kita untuk ke surau, ke masjid berjemaah membaca doa akhir dan awal tahun, solat berjemaah, dengan sedikit tazkirah dll. KENAPA???
    Aku bukan hanya bertanya pada korang tapi, aku juga tertanya2 pada dri aku sendiri.. Ape2 pun, mari kita semua pasangkan azam dan niat yang baru sempena maal hijrah ini. Semoga kita melalui tahun ini dengan penuh berkat dan rahmat dari-NYA.. aminn~

Tuesday, December 7, 2010

Farewell Fatin Nashra!

  Finally, one of my best  friend betul2 pergi. She is a very cute, humble person i ever know. Nashra bukan pergi suke2 tapi itulah yang terbaik untuk dia. Her parents have to move to Washington DC so, she has to go. Actually, aku dah lame dengar desas desus yang Nashra nak kena pindah ni tapi, bagi aku selagi tuan punya badan tak cakap sendiri, aku tak mau fikir benda tu. Tapi, satu hari tu Nashra sendiri yang cakap dia kena pergi. Walaupun aku nampak cam tak berapa kisah , sebenarnya aku hari-hari fikir benda tu. Hari2 aku mengira hari dan setiap kali bangun pagi aku tau, masa berlalu.....
  Hari2 last dengan Nashra, aku, syida, dyanne, yong,  nyna, malina, and zhafa pergi piknik kat tasik shah alam ! hehe.. Walaupun hujan, kitorang tabah je melangkah ke tasik tu, cewahh.. Kitorang sempat la buat sandwich sardin n telur. Piknik ni bukan la ape pun tapi just to have a happy moment together. At last, MISSION ACCOMPLISHED! hehe..
say cheeseeee :)

u jump?? i jump!!
yeahh!! landing time ! heheh

    Hari jumaat lepas, kitorang pergi tengok teater Natrah. Patutnya Nashra pindah Jumaat tapi, sebab nak tengok Natrah tu, dia postpone n balik hari sabtu so, lets say thank to Natrah! hehe. At least we have an extra time with Nashra :)

me n nashra



sempat posing before naik bas
  Kepada NASHRA, aku harap friendship kita bukan je kekal ke akhir hayat tapi, berkekalan sampai akhirat. Walau beribu or berjuta batu pun kita sekarang, aku tak lupakan kau n aku harap kau pun macam tu :) Aku doakan yang terbaik untuk kau kat sane. Jaga diri baik2 tau! Jangan lupa agama, jangan lupa budaya. ALL DA BEST FOR YOU MY DEAR ! :)

Monday, November 15, 2010

DARAH OH DARAH!

Hari tu aku g test blood pressure kt satu mesin kt Jusco ni.. result nye 73/45 ( rendah la tu en ). Makanya mak aku pn ala2 risau la. Yela.. kalo aku ni mati sbb low blood press.. spe nk tolong dy lg??? huhu.. Mmg da lme aku ni msalah blood press n xtau cne nk naikkan..bknnye aku xbuat kje.buat... nk kate xmakan, makan aje.. kdg2 terlebih kot ! huhu.. Saat aku menaip post ni..mak aku sdg bebel kat aku suh g klinik tp aku sengih je dan sedaya upaya mencipta alasan! hohoho.. bkn ape.. tp klinik yg mak  aku suh g 2, aku xgemar sgt lahh. Doktor dy xmemuaskan ati sungguh! huhu..kalo kite masuk bilik dy tu, dy tnye kite sakit ape p2 dy ckp 'ok..nt doctor bg ubat bla..bla...bla..' kdg2 tu, dy xcheck pn! Kalo cm2 baik g farmasi je.. xpn..biar aku je jd doctor sdr! huhu
 Malam td plak, aku mimpi sesuatu yg mbuatkan aku pening2 lalat ! huhu.. makin la mak aku tu risau keselamatan a.k.a kewarasan aku..huhu.. mimpi owh mimpi ! knape la kau dtg mlm td?? mimpi yg best pd zahirnye tp x pd batinnye,.huhu (  ayat pn da tggang langgang nihh ) huhu..

Wednesday, November 10, 2010

KEMALASAN

Rase mcm nk buat ape pn mls.Termasuklah nk mengupdate blog ni haa.. 2 yg mule2 mls nk create blog.da tau da,msalah ni akn tmbul. huhu.. btw.. nt aku nk cube bwat fuselli ayam pnggang..ni sume pngaruh rachel ray!! haha. suke gler kot kat dy tu.. sempoi aje .masak pn cm main cmpak2 jer. kn3??
ok lah.nt thap mlas aku da bkurg sket aku jenguk la blog ni lg..huhu tata~

Wednesday, November 3, 2010

RESULT OH RSULT!!

huhu~ akhirnya setelah satu sem...maka bdk2 asasi uitm pn mndapat hasilnye.Mcm2 reaksi ade before kuar result mahupun selepas nya..huhu.Tpt kul 5ptg waktu malaysia, masing2 sibuk nk tau result masing2..Tp ada gak yg xnk tengok ! contohnye MAISARA HARON ! haha ( mai jgn marah ye :P) Em...cmne pn,Congrates to everybody,walau ape pn kputusan,kite kne terima tp, kne usaha lg ntok lbih baik sem dpn (cewahhhh...sedapkan ati sdr sebenarnya) huhu..Bangga dgn kwn2 yg dpt 3.5 and above! ok..wait 4 me next sem yaa!! hehehe...insyaallah ~

Tuesday, November 2, 2010

Sorang bunuh bini..sorang lagi terbunuh disebabkan bini

Aku bace paper hari ni..ade sorg laki ni belasah isteri dia smpai mati after nmpak isteri dia minum2 ngn kwn2 laki... dy da tgur da tp bini dia xmau dengar so...dy pn blasah la bini dia tu smpai maut org tu....2 la..ble marah da menguasai..xingat dunia akhirat dah... mase 2 pn sgala jenis setan pn join skaki jd tukang hasut..makin parah la~
Tp, ada lg sorg ni..mati sbb isteri..dia sanggup berkorban untuk isteri..al kisahnya dyorg ni balik dr toreh  getah n tibe2 kne serang dgn lebah.. lari pnye lari,dyorg pn smpai kt umah kongsi n org kt umah kongsi tu bg selimut. tp selimut 2 satu aje. so, laki 2 bg kt bini dy ntok selamatkan  diri.. tibe2 laki 2 jatoh maka berebut2 la si lebah ni sengat..eh3,,jap2...lebah ke tebuan ntah..emm..lebih kurang la kn??? then, bini dy nk selamatkan laki dia tp laki dia suh selamatkan diri dlu..dy pn tpaksa la...ble serangan tu da reda, bini dy g mntak bantuan...tp Allah lbih syg kan laki 2 n diia mati di atas riba isteri waktu otw nk g hospital..huhu..mengharukan ~
Pelik kn dunia ni?? mcm2 ada... memang mati tu pasti tp seboleh-bolehnya biar la mati dlam keadaan yg mulia dan terhormat.. wallahualam..~

Monday, November 1, 2010

BANYAK BENDA NK KENA BUAT!!

EMMM... banyak bende ade dlm pale otak aku ni... keje2  umah.. reunion.. MUET.. huhu..baru td..anak pak dollah, si aziz 2 dtg jumpe ake bg dwet ntok reunion 2.. yang aku pelik 2..nape la si ayob ( jiran aku) g bayar kt aziz?? bkn ke aku dok satu taman je ngn dy?? haiyyaa... sungguh pemalu itu anak...huhu... emm...pape pn..stakat ni ada la dlm 20 org kot yg nak join...yang buat pening 2..ada yang kate nk join tp byarnye idak..huhu, xkan la aku nk kne dulukan dwet aku??!! no way beb! huhu~ bkn aku kdekut ke ape tp nanti liat plak nk bayar.. adoooiii...
 Pasni nk pkir psal booking tmpat plak..door gift lg... aktiviti lg.. pastu masih dlm dilema..nk jemput cg ke xnk ye?? sbb skang msalah xd dwet..huhu~ kalau dwet byk. nk jmput skampung pn bole (cewahhh.. tggi je angan2) huhu.. Pape pn..kne jgak uruskan !!!!

my first day!

hye semua! akhirnye dlm keboringan aku...wujudlah blog ni...actually da lme member2 aku suggest buat blog (yela...sbb dyorg ada blog ) hehehe... aku malas sebenarnye..takot nt ntah jd ape la blog ni... huhu... best ke blogging ni?? ntah la..aku pn xtau..huhu..sbb aku pn baru nk berjinak-jinak ni ( huh,mcm la aku ni burung ~ nggeee~) . Tp, pape pn..hye semua! :)