Wednesday, December 8, 2010
Selamat menyambut Maal Hijrah
Salam ukhuwah semua! :)
Selalu kite beria-ia sambut tahun baru masihi. Siap ada countdown lagi, konsert sana sini, bunga api dll. Tp, bila sambut tahun baru hijrah, kita semua (termasuk aku la nih. huhu) buat derk je.. Mungkin terlupa atau mungkin buat-buat lupa and lagi parah kalo ada yang memang plan tak nak ingat pun! (harap2 kita semua tak tergolong ye):) Tak tau dimana silapnya sampai masjid-masjid tetap kosong sampaikan bagi masjid yang besar2 tu, tiang lagi banyak dari jemaah tau! ish3.. Apakah kita terlalu sibuk sampaikan tak ada masa walaupun satu jam atau mungkin setengah jam untuk sama mengimarahkan malam tahun baru kita ini? ataupun kita sememangnya sudah lupa tentang semua itu??\
Ini la harga yang perlu dibayar atas nama kemajuan dan globalisasi. Kita semakin sibuk mengejar dunia dan akhirnya kita terlupa kehidupan di akhirat sana yang lebih bermakna dan kekal abadi. Cuba kita same2 pikir ye... Kite sanggup keluar awal, beratur panjang untuk beli tiket movie terbaru.. Kita sanggup menghadap komputer berjam2 sehari untuk layan gosip2 artis, chatting dgn kawan, boyfriend etc TAPI, kenapa susah sangat untuk kita luangkan sikit masa kita untuk ke surau, ke masjid berjemaah membaca doa akhir dan awal tahun, solat berjemaah, dengan sedikit tazkirah dll. KENAPA???
Aku bukan hanya bertanya pada korang tapi, aku juga tertanya2 pada dri aku sendiri.. Ape2 pun, mari kita semua pasangkan azam dan niat yang baru sempena maal hijrah ini. Semoga kita melalui tahun ini dengan penuh berkat dan rahmat dari-NYA.. aminn~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKU BERAZAM NAK CARI PAKWE.
ReplyDeleteehh tak tak. gurau je. hehe
aku berazam nak jadi insan yang tak lupa Allah di mana jua. :)
menusuk.
ReplyDeletehaha,,, marilah kita tanam azam baru dan usaha utk capai.. bknn azam je.. uhuhu
ReplyDelete