Monday, December 20, 2010

Tragedi hujan

    


      Hujan lebat mencurah-curah kat luar tu. Dari siang td hujan dah menggila macam tak ada hujungnya. Hujan membawa rahmat tapi, hujan jugak kadang-kadang menimbulkan kesulitan pd kita insan biasa ni. Hari ni, aku ada tragedi hujan. Kisah bermula bila aku terkejar2 nak ambik poster and buku listening speaking aku kt locker library. Masa tu dlm pukul 1.45 pm. Aku ada class meeting utk final drama kitorang pukul 2. Pastu, aku ada kelas listening and speaking pukul 3 dan... aku ada presentation tentang visual aids. Aku bertanggungjawab utk bercakap ttg poster and tips for presentation. Aku da siapkan dah poster aku tu and aku tinggalkan dlm locker sbb aku malas nk usung poster tu ke hulu hilir masa kelas pagi..
     
       Alkisahnya bermula bila aku kalut nak pergi ambik poster tu ngan main text aku. Waktu tu hujan renyai je. Boleh redah lagi la. Setakat basah dua tiga titik ape ada hal kan?? Aku pergi library ngan dyanne. Dia pn nak ambik buku dia. Bila sampai library, baru aku sedar. AKU TAK BAWAK KUNCI LOCKER! HUHU. Alang-dah sampai library tu, aku pn pergi la gune OPAC jap. Nak cari buku pasal Sayid Sabiq utk islamic studies punya assignment. Malangnya, buku yang aku nak tu ada kt PTAR N.9. So, g tak sempat la kan nak g pnjam pulak. Bila aku keluar dari library, baru sedar, hujan giler lebat! Tp, nak tak nak kena la redah jugak kn.. Nak kena pergi meeting and kelas nih!Aku ngan dyanne tanya abg library ada payung tak. Niat d hati nak meminjam payung lah ni. Tapi,diorang tak ada payung dan akibat daripada ketiadaan payung tu, kitorang terpaksa la guna surat khabar utk redah hujan.

     
         lari-lari dalam ujan


Sampai je TESL square, aku nampak Ku Zulhelmi ada payung. Aku pn pinjam dari dia sbb aku kena pergi library balik nak ambik poster ngn buku aku. Masa tu hujan dah makin lebat gileerrrrr.. Aku terpaksa jugak pergi. TERPAKSA OK! Dengn payung tu, aku peargi la redah hujan ke library. Memangla aku ada payung tapi hakikatnya aku ttp basah jugak! huhu. kain aku mmg dah tak boleh nak diselamatkan la. Kasut aku pn lencun and aku decide utk bukak kasut sbb kasut tu melmbatkan pergerakan aku. Dgn basahnya, aku sampai ke library and ambik poster ngn buku tu. Tapi, masalah tak selesai lagi ni! MACAM MANA NAK BAWAK BALIK POSTER TU TANPA BASAH? Aku nampak surat khabar dalam library so, aku pun ambik dan balut. Rasa bertanggungjawab giler nak lindung poster tu. Biar aku basah, jangan poster yg basah! Lepas da wrap poster dgn paper, aku pn lagi sekali kena redah hujan nak patah balik ke kelas ni. Bayangkan.. angin da la kuat. Sebelah tgn pegang payung. Sebelah lagi pegang kasut, buku, poster. Haru biru sungguh!


Elok-elok aje aku nak seberang longkang utk pergi kat laluan yg berbumbung tu, BUKU AKU JATUH DALAM LONGKANG! Aku tak tau nak buat ape so, aku terus lari kat laluan berbumbung tu. Aku cam terkedu jap pastu aku letak kasut aku pastu aku patah balik nak ambik buku aku dalam longkang tu. Buku  aku still ade sbb da tersekat dalam longkang tu tapi, vcd yg ada dlm buku tu gone.... Aku tak nampak dah and aku tak ada masa nak cari. Hujan lebat giler ni wei! Aku pun  terus ke kelas dengan basah lencun tu......









                                                            

5 comments: