Tuesday, January 25, 2011

selamat pengantin baru???

Ape kaitan entry ni dengan aku??
hahaha.. usah bertanya tapi, itulah persoalan yang aku dapat hari ni.

For your information, aku ni memang suka gedik2 ngada pakai inai kat tangan pastu lukis corak2.. ( bajet lawa ah kau!) huhu..
Aku buat for fun je la kan.. tak ada niat hape pn..
Alkisahnya begini......

Petang tadi lebih kurang pukul 5 lebih camtu la..aku, dyanne, yamyam, and wan alia gi pkns. Kitorang nak survey baju pengantin or baju songket untuk drama kitorang. ( kitorang buat crite pasal cik siti wan kembang for final drama)
Kau tau bape harga yang diorang offer??
RM350-1OOO----> kau giler??!
weiii! ni nak gune atas stage tak sampai setengah jam pn ok!
So, tak jadi lah sesi nak sewa menyewa kat pkns tu ye!

After that, kitorang pun gi la mcd. Aku nak try prosperity burger tu sebab mmg aku tak pernah try pn. Selama ni aku makan mc chicken jer.
After order tu kena tunggu jap sebab worker tu nak bungkuskan. Pastu, dah siap bungkus tu, dia nak bagi kat aku. Aku pun sambut guna tangan kanan aku yang berinai tu.
Yela. aku ni kan gadis melayu pnuh adab sopan ketimuran.cewahhh!! ^_^ 
mestila gune tangan kanan kan.. hehe..
Pekerja :  terima kasih..sila datang lagi..selamat pengantin baru..( sambil tersenyum)
aku : ??????????????????????????????????????????????????????????????????????????? huhuhu

Ok.. tu baru satu kes..
Pastu aku pun jalan kat tempat tunggu teksi sebab nak tunggu bapak aku.
Aku lalu depan 3 0rang pakcik teksi..
pakcik 1: ohh..pengantin baru ni..
pakcik 2 : ( mendengar dan mungkin angguk)
pakcik 3 : ( maybe sama dengan pakcik 2)
aku : ??????? once again?!

Sunday, January 23, 2011

Go! Datuk Chong Wei!

WAHAHAHAHA.
Petang tadi Chong Wei menang.
hehe.. den dah agak dah walaupun lawan Taufik Hidayat.
Taufik Hidayat tu teror gak kan?
Dulu la...
Tapi td dia cam cepat penat kot.
1st set 21-8.
2nd set 21-17.
den cuak sungguh hah!
yela badminton ni kan xbole nak jangka sangat...
Kadang2 da lead tapi tibe2 lawan bole potong gak kan??
Tapi aku paling tabik tengok dia main kat net!
Hebat kan weii???
hehhe..
Tapi aku rasa aku lagi feel tgok bola kot drpd badminton.
Feel nak jerit2 tu lebih over sket kann... :P
Tapi sebagai rakyat Malaysia yg sayang dan menyokong negara ( ceh2...kalau PM baca agak2 dapat biasiswa tak?? hukhuk.)
Aku on je laa badminton nih and BANGGA!


Friday, January 21, 2011

oh no!

Today, supposedly aku ada story telling.
Aku, fara n dyanne satu group.
Dengan semangat yang jitu, kitorang siapkan props and kitorang berlatih sampai kul 1 lebih tau..
Pastu, kul 3 tadi ada kelas drama which means our story telling time!
We were very nervous but excited coz we're gonna finish it.
Kitorang buat undian and dapat num 9.
Haa! Lupa nak bgtau,, kelas aku gabung ngan satu lagi kelas lain, kelas F.
Kitorang buat secara selang seli. Mula2 kelas aku pastu kelas diorang dan kelas aku balik and bla2....
Tunggu punya tunggu punya tunggu..
Tibe2 group aku tak sempat buat harini.
Oh no! dah siap pakai elok2 bawak props dah ha!
Kitorang kena buat nxt week pulak..
Adooiii... xkan nak angkut balik semua brg??
GRRRRR....
Nasib baik my lecturer offer tumpang letak barang kat bilik dia.
Ok fine settle satu masalah.
Lagi satu masalah pulak...Patutnye nxt week aku ada camp kat taman pertanian..
So, maknanya aku and the gang kne g sdiri naik cab or what sebab bas bertolak kul 2.
Sedangkan kul 3 aku ada assesment nih.
So how??
Tunggu je la minggu depan..
Hmmm....

Tuesday, January 18, 2011

mawar! mawar! mawar!

Aku kena saman lagi.
What da.......????
Bole giler lagi tak mawar ni??
Konon2 kitorang kena ikut rules tapi korang tak ikut procedure??!
Giler ke hape!! 
Main saman je..kalau ikutkan ada amaran kali pertama n kedua.
Ni main hantam je saman!
Ok fine ade la jugak salahnye kami
Tapi jangan la nak expect ari2 nak gotong royong.
Setakat sampah seketul dua dalam tong sampah tu and tak sempat buang..
Giler??? giler?????
Pastu kinah ( roomate aku) kena tatatertib sebab xdaftar lappy.
Kau giler????
Kinah TAK BAWAK LAPPY PN OK!
Woooiii!! Kau giler tau tak makcik????
Kenapa kolej lain tak camni?
Dahlah brg elektrik kena daftar and kena BAYAR!
Satu barang rm10 pastu kalau 3 or 4?
Kau kirela ye anak2!

 Masa last sem, aku dah bayar da charger phone aku tapi aku kena saman gak! Masa hari pendaftaran aku kena bayar dulu untuk 'kesalahan' aku tu. Masalahnya, aku bgtau yang aku dah bayar then orang kat situ tu cakap nanti masa perbicaraan kalau betul aku dah bayar bawak charger tu and dwet akan dipulangkan.
OK FINE!
Pastu hari perbicaraan tu dia cakap, semua tuduhan yang pasal brg elektrik DIGUGURKAN.
heckkkk!! Aku da byar twice okay!
Tension gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..
Kau kenapa hah??
Makcik YATIMAH weiii.. dapat komisen ke dari aktiviti saman menyaman ni? 




p/s: kesian farah sebab aku udate benda ni gune lappy dia pastu aku tekan keyboard kuat2 sket sbb tension! huhuh

Monday, January 17, 2011

Hantaran buat si dia....


Seperti minggu2 yang lepas, tetiap minggu aku mesti balik rumah kalau tak ada hal lah kan.
Tapi basically aku jarang giler tak balik sabtu ahad tu. hehe. Minggu lepas pun aku balik juga kerana aku ada satu misi. haha. Misi ni memang penting! Bak kata omputih, important, crucial or vital hehe.

Inilah aktiviti aku hujung minggu lepas. Yakni sabtu dan ahad.

dulang ni 2 minggu lepas aku dah buat dah...
sebab aku malas nak kelam kabut. hehe
ni barang2 yg kena gubah








hahah.. hambek kau! bersepah umah aku




Tema kali ni biru putih tapi, agak susah la nak cari barang semua putih kan... so, aku campur la dengan kelabu sikit. Kiranya biru kelabu la tapi lawa jerrr ( ceh, puji diri sendiri wekk :P)



Haha. siyes aku tak ada idea bombastic gler babeng tu weh. huhu. Disebabkan nak letak dalam bakul tu so, agak terhad la untuk gubah hantaran ni sebab nak pastikan fitted dalam bakul tu. Kalau terkeluar2 apa cerita wei! huhu.. Lagipun kasut tu jenis tapak tebal so, camtu je la yang aku mampu. Lastly taruk ah reben sikit sebab nak bagi ada color biru tu!



Haaa.. ini pulak set perfume. Jenama Versus kalau tak silap aku. Aku tak familiar sangat dengan perfume2 ni tapi wangi gak la perfume ni. Disebabkan bakul tu dah sedia ada cantik--hehehe-- and perfume tu da molek2 dalam bungkusan, aku lilit reben sikit je kat tepi kotak perfume tu pastu letak la sarang2 burung tu sket kan.....



Jeng3.. Ni pulak kain ela untuk buat baju. Siyes kain dia lembut giler! Takut aku nak gubah tau..Takut tersangkut kamane2 or tersangkut kat bakul tu ha.. Kalau rosak kain tu..sapa nak jawab?? Jadi aku letak je dalam kotak dia balik pastu lilit reben ( asyik2 reben kan! huhu) ok tak?? Ok la kot kan..


Ini sejadah ye anak2!! Kolaborasi antara aku dan mak aku maka terhasil lah bentuk cenggini.. Bentuk ape?? Emm.. buah tiga biji kot. hehe. Sapa tak nampak bole tempah nisan sekarang! ( huhu,, joking)


Hah. cincin adalah hantaran wajib kalau ada majlis2 cenggini kan... so ini tempat la tempat nak letak cincin tu tapi frankly speaking aku tak berapa berkenan so maybe minggu ni aku nak balik nak ubah kott... Macam kosong sangat kan? Lagipun tapak bekas cincin tu cam tak berapa kukuh ar. Takut gak kalau terpelanting ke cincin tu time otw kan.. hahaha haru biru la majlis sesuai dengan tema biru. haha..

Last sekali, bagi aku yang paling susah nak gubah telekung. Sebab ape? Sebab nak dapatkan kerawang2 tu. Macam2 style aku dah cube. Mula2 ingat nak buat simple je cam  bulat konon2 buah kan tapi pastu tertarik plak nak buat bunga. Mula2 aku gulung kerawang kat tepi telekung tu jadi bunga but then aku pening mana aku nak sorokkan lebihan kain telekung tu lagi. Telekung kan lebar.....

Pastu aku buat bunga lagi kat belah telekung yang kosong tu. Tapi tiba2 aku terbuat rapat sangat plak dengan bunga kerawang tu td . Aku dah start fed up dah. Mak aku plak kata ok tapi, aku rasa tak ok!

Aku bukan bunga kerawang tu sebab aku lagi sayang bunga daripada kerawang tu. huhuhu.. Pastu pikir punya pikir jadilah camni..



Ok tak?? ok la kan untuk amatur sepertiku ini. huhu. payah tau nak buat bunga and tepi tuh!






Eh.. lupa plak nak bagitau. hehe. Ni bekas untuk cupcakes. Kenapa guna rama2? Sebab bunga tak cukup! haha
Tapi tak ape la.. rama2 pun comel what....kan3??


Mula2 nak buat dulu ingatkan senang je. Bila aku tengok mak andam gubah hantaran..dengan sedikit riak takbur aku cakap dalam hati ''eleh..setakat camtu aku pun bole buat'' tapi, bila dah buat sendiri ni.. hambek kau nurin! susah jugak tau!



 
Jeng3.. 6/9 daripada hantaran tu semua. Aku lupa nak letak box cupcakes tu . Ala lagi pun tak ada isi pun kan... huhu..
This week aku nak kena buat lagi dua--coklat and sireh

 YEAYY!! ini lah hantaran untuk si dia :)


Friday, January 14, 2011

mimpi realiti

Cuba kau lihat di sana.
Manusia berlumba-lumba ke arah itu
Di hujung sana gelap
Tanpa sebutir bintang
Tanpa cahaya sang rembulan.

Cuba kau lihat di sana.
Manusia berbicara sesama mereka
Pada butiran yang tak pasti
Namun yang pasti tiada apa yang pasti

Cuba kau lihat di sana.
Manusia rakus mengejar mimpi
Mimpi yang tak pasti
Mimpi realiti fantasi

Cubalah kau lihat
Cubalah kau lihat
Manusia akhir ini yang sentiasa tidak pasti
Apakah ini mimpi atau realiti?

aku tertawa

Kaulah
Seorang manusia yang asing bagiku
Asing dalam duniaku.

Kau janjikan mentari,
Aku percaya
Walau mungkin aku akan terbakar dek hangatnya
Kau angankan bulan dan bintang,
Aku terima
Walau mustahil untuk menggapainya.

Kau hulurkan bara,
Aku genggam walau terbakar tangan luka di hati.
Kau senyum.
Aku tertawa.
Hati merintih luka hirisan belati menusuk jiwa
Aku masih tertawa.

Lidah itu,
Lidah yang pernah menabur janji setia.
Lidah itu,
Lidah yang pernah merawat duka.
Lidah itu,
Lidah yang memberi harapan dan impian.
Kerna lidah itu,
Aku tertawa.

Dan,
Aku disini masih tertawa
Tertawa kerna mengenang masa lalu
Tertawa kerna bahagia itu
Tertawa kerna kesakitan
Tertawa kerna kepiluan

Dan inilah aku,
Masih tertawa.





p/s : ok tak tajuk dia tu? huhu

Thursday, January 13, 2011

Kenikmatan tak terhingga

Ape yang membuatkan korang rasa nikmat yang tak terhingga??
Pernah tak korang rasa seronoknya dunia?
Malam tadi ngan pagi ni aku rasa nikmat giler. Nak tau kenapa??


jeng...jeng... jeng...




Benda alah ni membuatkan aku seronok giler!
Sebenarnya dah dua minggu aku teringin nak makan maggi tapi ada je halangan dan dugaan.
sob...sob....sob...
Semalam masa balik dari intec, budak2 ni tanya nak makan kat mana sebab alang-alang dah balik lambat tu baik terus dinner kan. Fikir punya fikir punya fikir, tak ada makanan yang terbayang kat kepala otak aku ni selain maggi. Aku pun cakap dekat diorang yang aku nak makan maggi je. Kesian yong.. aku rase dia nak makan kat seksyen dua. hehe. Sory yong!
Lepas tu balik je bilik aku rase cam nak terus makan je tapi, kang malam lapar plak! ye tak~?
Aku golek-golek atas katil ni ha sampai la terlelap. Bila mghrib Syida kejut aku. Dalam kul 8 baru aku bangun sembahyang. huhu. Lepas tu aku konon-konon nak tunggu isyak sebab dah pukul 8 kan. Tapi tak azan2. Haisshh aku ni dah ngidam beno nak makan maggi kari dalam laci aku tu hah! tak boleh jadi ni... aku tanggal telekung, masak air, celur maggi! huhu..

Ya allah.....
Sedap giler...
As if itulah makanan paling sedap dalam dunia.
Panas2....pedas2 sket....
Perghhh.. dalam hati ni dah niat 'lepas ni aku nak makan lagi sebungkus.'
Aku makan sensorang tuh maggi tu. Tak pelawa member pun. hahah. Ampun ye korang!
Lepas makan tu kenyang la pulak. Tak jadi masak lagi sebungkus. heheh.
Dyanne pulak masak maggi pastu aku tumpang sket je. hehe

Pastu pagi ni pulak, bangun2 tidur je aku da terbayang maggi.
So lepas mandi n berkemas ( sempat la sket ngemas sbb kelas kul 2. hehe)
aku pun masak maggi sebungkus! yeaayyyyy!! holiawwww!
Nikmat giler wei makan maggi!


Tuesday, January 11, 2011

maaf tuan2 dan puan2!

AHAHHAA! mintak maaf ya tuan2 dan puan2 terutama sekali kepada DYANNE! 
ingat entry aku before ni? ala. kisah kerabu mangga aku tu lah.
actually, dyanne yg call bgtau lecturer mc! hahah. skali fara plak dpat nama. aku tarik balik statement pasal fara tu! haha.

p/s : padan muka fara aku tarik balik statement tuh. hahha
kesian kat dyanne. hahha. nasib baik dia bgtau bkn fara yang call aku tp dia! hahah
maaf, aku memang sedikit kelupaan. ngee~

kisah kerabu mangga

Sapa pernah makan kerabu mangga??!!
Sedap tak??
Kerabu mangga ni berasal dari Thailand tapi sekarang orang Malaysia pun da pandai makan n buat kerabu ni tau. Kerabu mangga ni boleh dihidangkan untuk side dish atau dessert. Kalau nak jadikan dessert, lagi sedap kalau masukkan dulu dalam fridge dalam sejam ke pastu makan sejuk2. Walahh!!

Emm.. tapi sebenarnya aku bukan nak cerita pasal cara2 nak buat kerabu mangga ni tapi kisah aku dan kerabu mangga.. uhukhuk.

Aku ada assignment berkenaan demonstrative speech tau. Untuk assignment ni, kitorang kena demo something in front of the class. Mula2 aku nak buat triffle tapi payah la pulak sebab kena guna agar2. Fikir punya fikir, aku pun decide nak buat kerabu mangga.

Dipendekkan cerita aku dapat giliran ke 21/23. Tapi aku tukar dengan 'alia so aku ambik giliran kelapan. 11/1/11 (cantik kan number?hehe) tarikh aku kena demo kat kelas.
Hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Dengan semangatnya aku bawak segala barang termasuk mangga muda, cili, bawang, gula ,garam dan yang sewaktu dengannya ke intec.Berbekalkan semangat yang jitu aku pun naik bus ke intec dengan beg oren tarian 1 malaysia ( ala.. beg yang dapat free tu. heheh). Tak lama lepas tu, aku dapat call dari Fara bahawa sesungguhnya lecturer aku mc so, demo speech tu postpone ke isnin depan.

URGHHHH ! AKU DEPRESSED!
 Kena beli balik semua bahan sebab mane boleh tahan seminggu bahan2 tu wei!uhukhukhuk

Monday, January 10, 2011

surat kepada sahabat

Ke hadapan sahabatku,

Apa khabar kau di sana? Walau di mana pun kau berada, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kau. Kalau kau gembira, aku turut gembira tapi, kalau kau sedih aku harap kau dapat berkongsi kesedihan itu dengan aku supaya kau tak rasa terlalu terbeban dengan masalah kau. Aku bukanlah seorang penyelesai masalah yang baik tapi insyaallah aku boleh mendengar dengan baik dan aku akan CUBA membantu kau keluar dari masalah kau atau sekurang-kurangnya mengembirakan kau walau seketika cuma. Masihkan kau ingat waktu2 gembira kita bersama? Waktu kita sama2 gelak dan ketawa walaupun pada benda yang tak masuk dek akal. Aku rindu saat itu dan aku tak mahu saat itu berlalu pergi.

Sahabatku,

Aku tau aku bukanlah sahabat terbaik di dunia ini tapi, aku ingin menjadi yang terbaik untuk kau. Aku mahu jadi yang terpantas mengetahui isi hati kau. Aku mahu jadi yang terawal bersama kau di kala susah dan senang. Aku sanggup mencuri sedikit waktu dari 24jam hidupku untuk kau. Aku sanggup bersama kau dalam segala situasi.

Sahabatku,

Aku sangat menghargai kehadiran kau dalam hidup aku. Kau membuatkan hidup aku berwarna-warni dan bercahaya tapi........sekarang susah aku nak melihat kau tersenyum apatah lagi bergelak ketawa seperti dulu. Kalau aku puncanya, ribuan maaf aku pohonkan tapi, kalau aku bukanlah penyebabnya, izinkan aku bersamamu keluar dari detik pahit ini.
Sesungguhnya aku sayang kau..

Yang ikhlas,
Nurin Fatihah
sahabatmu,

Sunday, January 9, 2011

my first poem

Ni first english poem aku buat tym literature class ngan miss sally. huhu. aku xtau kenapa aku buat poem macam ni. actually da agak lame buat tapi da lupa da. haha. tapi tadi mase aku bukak buku literature ( konon2 nak study ler..study la sgt kau nurin! ) , aku terjumpa poem ni. so, saje nak gedik tulis kat sini walaupun xhebat. hahah. tapi aku bangga, first poem tu weiii!



I JUST CAN'T

I know I am wrong
But I just can't
I can't let him go
He is in my heart.

I know I am wrong
But please forgive me
I can't let him go
He is in my breath.

And now I know
You just hate me
But believe me
I just can't.

kenapa call saya?

Kenapa call saya?
Awak buat saya terkedu.
Kenapa call saya?
Awak buat saya terdiam.
Kenapa call saya?
Awak buat saya teringatkan awak.
Kenapa call saya?
Awak buat saya rindu masa bersama.
Kenapa call saya?
Awak buat saya seronok walau seketika.
Kenapa call saya?
Awak buat saya lega awak sihat.
Kenapa call saya?
Awak buat saya gembira tidak lupakan saya.
Kenapa call saya?
Awak buat saya berbelah bahagi.
Kenapa call saya?
Awak buat air mata saya tak berharga.


Awak,
Tawa dan tangis membuat saya bahagia,
Semoga awak pun begitu jua.

Saturday, January 8, 2011

kenapa??

kenapa dah tak bole copy paste dr word????
tensyen nya! pnat dah taip pjg2 ok!!

Friday, January 7, 2011

tralalala~

Semalam result muet keluar. Waktu tengahari tu ramai kawan2 aku dah check termasuk Syidah n Yong. Both of them got band 4 but how about me??? dup..dap..dup..dap..
Cuak gler woo.. kalau result aku tak same ngn diorang cne? aku ni da la budak tesl so, band 4 is a must if i want to take tesl for degree. After solat tu, tesl square jadi kecoh.. emmmm.. maksud aku, KECOH GLER! macam2 reaction boleh nampak. Ada yang menjerit, melompat sbb dapat band 5 ( band 5 tu azwa n fattah ye anak2.. pandai kan??) huhu tapi, dalam tawa tu ada jugak yang mengalir air mata sebab xcapai band 4. Kalau band 3, susah sket nak smbung tesl kat sini,. kalau nak gak, kena pilih u lain yang terima band 3. Bila tengok ramai yang band 3, makin cuak aku! Maya dapat band 4. Aku ni? huhu,, dah la tahap aku ngn maya tu beza. Maya pandai....
 dup..dap..dup..dap.. KABOOMMMM! CUAK!

Petang tu aku fikir..kalau aku lambat2 check pun result tu tak kan berubah kan kawan2??
So, aku pun decide nak check. Tapi, line busy plak! uhukhuk. agaknya ramai yang check kan. jd femes page tu. PADAN MUKA KAU NURIN!  2 la.. tak mau check awal2!
Time tu aku dah jd miserable gler... dah la dari isnin aku tidur dalam 3-5 jam jer. aduh.. pastu otak aku kena kerja overtime plak nak pikir result muet ni haaa! Al-kisahnye, aku pn tertidur dari kul 8-9 tu. Tibe2 terjaga "alamak!! aku ada latihan drama!" ( aku jd witch. hehe)
Dalam mood yang ntah hape2 tu,  aku pn mandi jap p2 turun dataran. Siap bawak si joe (lappy aku) dengan harapan kat bwah line ok. Aku try tapi... hampa... makin dup..dap..dup..dap.. aku. Cian jantung aku kena kerja overtime jer..Mane aku tak cuak, dulu zaman sekolah, tak pernah aku msuk set 1 ntok kelas english. asyik2 set2,3 jer. tau tak maknenya?? maknanya aku tergolong golongan yang ala2 bangang english lah tu! huhu. Pastu, aku ni lidah jawa. Hah! kau byangla.. kdang2 ade certain word yang aku sebut tak boleh cover weii.. kejawaan tu terserlah gak! huhu

Aku try lagi....
dah tak buffering....
aku masukkan num ic....
aku tekan submit......






alhamdulillahhhh ... terima kasih allah!



Monday, January 3, 2011

kebekuan otak

owh intec library, u are killing me! Sejuk giler duduk library ni. Pakai sweater pn bole tembus lagi sejuk tuh! Nampak tak yg intec banyak dwet kan nak bayar bil tiap bulan. Huhu. Dahla otak tgah beku nak pikir pasal drama ni! Tibe2 si Fattah taka de pulak khamis nanti. Uhukhuk. Nape la grup drama aku asyik malang L haritu si acap yang eksiden. Kali ni, Fattah plak gi camping ape ntah. Tak cukup lg grup member aku. Huhuhu. Sadis sungguh. Oleh itu, duk kat library intec ni menambah kebekuan aku…….