Apa khabar kau di sana? Walau di mana pun kau berada, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kau. Kalau kau gembira, aku turut gembira tapi, kalau kau sedih aku harap kau dapat berkongsi kesedihan itu dengan aku supaya kau tak rasa terlalu terbeban dengan masalah kau. Aku bukanlah seorang penyelesai masalah yang baik tapi insyaallah aku boleh mendengar dengan baik dan aku akan CUBA membantu kau keluar dari masalah kau atau sekurang-kurangnya mengembirakan kau walau seketika cuma. Masihkan kau ingat waktu2 gembira kita bersama? Waktu kita sama2 gelak dan ketawa walaupun pada benda yang tak masuk dek akal. Aku rindu saat itu dan aku tak mahu saat itu berlalu pergi.
Sahabatku,
Aku tau aku bukanlah sahabat terbaik di dunia ini tapi, aku ingin menjadi yang terbaik untuk kau. Aku mahu jadi yang terpantas mengetahui isi hati kau. Aku mahu jadi yang terawal bersama kau di kala susah dan senang. Aku sanggup mencuri sedikit waktu dari 24jam hidupku untuk kau. Aku sanggup bersama kau dalam segala situasi.
Sahabatku,
Aku sangat menghargai kehadiran kau dalam hidup aku. Kau membuatkan hidup aku berwarna-warni dan bercahaya tapi........sekarang susah aku nak melihat kau tersenyum apatah lagi bergelak ketawa seperti dulu. Kalau aku puncanya, ribuan maaf aku pohonkan tapi, kalau aku bukanlah penyebabnya, izinkan aku bersamamu keluar dari detik pahit ini.
Sesungguhnya aku sayang kau..
Yang ikhlas,
Nurin Fatihah
sahabatmu,
:'(
ReplyDeletesuuuuuke sgtt nih!!
ReplyDeletei like lah. :D
ReplyDelete