Thursday, November 3, 2011

Berakhirnya hectic weeks

     Kenapa aku kata tulis weeks bukan week? Sebab...sebab....sebab sebab dah ber'week week' hidup aku hectic and quite miserable. We had lotsssss of presentation to deal with, Presentation Tamadun Islam dan Asia Tenggara (TITAS) lah..presentation literature lah, and yang paling mencabar jiwa raga minda rohani jasmani emosi *over tau Nurin!* hahahah was Education Philosophy presentation! Bukan susah nak present tuh tapi susah nak memahamkan apa yang nak dipresent. erkk kau paham tak ayat aku ni? huhu.. 


    As a presenter mestilah kita nak present terbaikkk punya bagi orang lain faham kan? And most importantly , nak bagi lecturer faham sebab ni graded wooooooo! I had to present with another two classmates, Adibah and Ira on the pioneers in education. Hambik kau! sah2 semua pioneers tu omputeh kan. Gedikss tau nak belajar pasal Barat punya educational system. huhu. Tapi, what to do, dah falsafahnya datang banyak dari diorang ye dok? huhu. Jenuh aku nak memaham si pakcik John Dewey punya philosophy pasal pragmatism tu. Sekarang aku dah paham la. Yelah, after 2,3 hari menelek information yang tak sampai 10 pages tuh. Huhu. Korang nak aku kenalkan dengan pakcik tu? Tak payahla, buat memening aje ! haha, (kalau kau tak belajar pasal ni la. Kalau kau amek education sah2 kau kena pahamkan! )


     Lepas siap presentation semua and dapat markah penuh. Yeaaaahaaaa. loncat loncat. Ingatkan boleh la berehat senang2 berjimba bersama kawan tercinta. Tapiiii quizeS menanti pulak! aha. Aku tak tau camne markah linguistic and counselling aku. Rasa buat ok dah. huhu. Redha je lah. Dah usaha kannnnnn :D


     Habis quiz rasa fuhh minggu terakhir before cuti ni boleh rilexxx. Tapiiii ade lagi dua quizes! Adeh. Literature dengan Philosophy of Education pulak tuh. Literature aku macam hmm okay sebab cover short stories je which had been well discussed with Puan Syahreena. Tapiii Philosophy?! erkkk walaupun take-home test ya rabbiii banyak gila kena buat. Literature quiz harini. Take-home philosophy test pun kena hantar harini. Aish! Dengan aku ada debat lagi malam semalam sampai pukul 10 lebih kauuuu. Mau tak rase nak meroyan ? haha. Ok part meroyan tu over :P


     Berkat kesungguhan, ketaqwaan, dan semangat yang jitu dan unggul, aku buat quiz and submit philosophy test dengan jayanyaaaaaaaa! Oh my. Rasa lega gila, meraikannya dengan makan cendol di Pegaga seksyen dua dan ponteng Kesatria. HEHE . Alaaa.. penatlah. Lagipun sampai Mawar dah dekat pukul lima. Mana nak naik bilik yang nunnn jauh di kayangan *errrr maksud aku tingkat 3 * , mana nak solat, bersiap, iron tudung lagi, Hadeeehhh kita cuti Kesatria lah minggu ni ye Syidah ? :P LOL


     Akhirnya.........berakhirlah hectic weeks aku sebab esok start cuti for raya korban and mid sem break! Yeay cuti seminggu. haha. Kau ado cuti macam aku? Kalau ade, jom loncat sesama. Kalau takde sila jeles. haha.




bangga dan bahagia cuti sebulan. eh semiggu je lah!


hatiku berkata: tiba2 harini kesatria tak kawad, pertolongan cemas je. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. 

2 comments:

  1. okay.... sangatlah hectic fara baca.. take a good rest dear,.. :)

    ReplyDelete
  2. Ape lagi, rilekskan diri berenang2 di pantai remis

    ReplyDelete