Showing posts with label nurin. Show all posts
Showing posts with label nurin. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

Nikmatnyaaaaa

     Nikmatnyaaa.. Nikmatnya apa?


Nikmatnya bila sihat boleh jalan sana sini lari merata.
Nikmatnya bila sihat boleh gelak ketawa riang bahagia.
Nikmatnya bila sihat boleh tidur dengan selesa.
Nikmatnya bila sihat boleh senyum tanpa pura2.
Nikmatnya bila sihat boleh makan apa saja.
Nikmatnya bila sihat tak payah makan ubat pahit tak hingat duniaaaaaa..






Wahh aku merindui kenikmatan itu. Ye.. memang aku hambaNYA yang lemah. Sakit sikit rasa macam banyak je yg aku kehilangan. Selama ni Allah bagi semua tu tak terasa sangat pun nikmatnya. Kenapa? Sebab dia bagi free! Cuba suruh bayar. Confirm menikmati setiap detik kannn. Ni bila dah dapat sakit baru nak rindu kenikmatan tu semua.


Perasan tak? Kita akan lebih menghargai sesuatu bila kita kehilangan?? HMMM....see....AKULAH TU! uhukss :'(




hatiku berkata: badan kanan tak sihat. kiri sihat. gimana ya?

Thursday, November 10, 2011

Mengidamdamdam



M.E.N.G.I.D.A.M ... pernah dengar tak word ni? Kalau tak pernah dengar, hantuk kepala kat dinding sekarang. bhaha. *takde motif nak suruh hantuk kepala :P Ok . Kalau kau tak pernah dengar or tau pasal menidam ni, meh aku kasi cerrr sket!


Terdapat wanita mengandung yang mengalami keinginan yang sangat tinggi untuk makan sesuatu. Keadaan ini di panggil mengidam. Para penyelidik telah cuba menentukan sama ada wanita yang mengidam makanan tertentu kekurangan nutrien yang terkandung dalam makanan tersebut. Walau bagaimana pun, ini bukanlah sebabnya dan puncanya yang sebenar masih menjadi tanda tanya.
Sesetengah pakar perubatan menjangkakan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh wanita mengandung. Perubahan hormon boleh meningkatkan kepekaan deria bau (yang berkait rapat dengan deria rasa) pada wanita mengandung, sekaligus mempengaruhi pemakanannya. Alahan semasa mengandung seperti pening, kembung perut, keletihan atau muntah-muntah akibat perubahan hormon juga boleh menjadi sebab wanita mengandung mengidamkan makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan.
Kebanyakan wanita mengandung mengidam makanan daripada coklat sehinggalah nasi beriani yang dijual di kedai mamak sahaja. Kadang-kadang permintaan untuk menikmati makanan yang diidamkannya boleh timbul bila-bila masa saja termasuklah pukul 2, 3 pagi (kesian suami…). Mengidam makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan tidak akan mendatangkan masalah .bla bla bla bla....


credit to:
http://comelnya.com/mengandung/mengidam-semasa-mengandung


haha. kau hado tahap kemalasan menaip macam aku nih? hadeh. huhu. 


Ok. well, aku mengidam kan tadi? Yes Tapi bukan sebab aku preggy lerr =.='' GILA KAU kalau aku preggy. huhu. Tapi aku nak jugak mengidam! Secara konseptualnya, bagi aku mengidam ni bila kita nak something sesangatsangatsangat. Kalau orang mengandung tak dapat apa yang dia mengidam, katanya nanti baby akan ngences (meleleh air liur) tapi, dalam kes aku ni, aku yang akan meleleh air liur siap nak igauan malam hari lagi! * haha! Nurin memang suka buat hiperbola  :P

Tapi serius, aku tengah mengidam sangat2. Tapi bukan nak makanan.... Aku mengidam...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

AKU MENGIDAM HEADER COMEL 

Ye..aku teringin sangat nak ado header yang comel. Suka bila tengok orang lain ada header comel kat blog memasing * ok tak suka, jeles sebenarnya ^-^ . Masalahnya, aku tak pandai nak buat sendiri. Nak edit2 tak kretip. hukhuk #nasibkaulahnurin# 

Mesti seronok kalau pandai buat kan? Aku pernah buat sendiri tapI turn out jadi BUROKKKKKKKK. wahh memang tak berseni dan tak mampu eden. Pernah masuk 2 contest yang tawarkan header kiut miut tapi belum ade rezeki. huhu~ Takpela, aku usaha lagi nak uaskan kemengidaman aku ni :'(

hatiku berkata: susah2 beli je la. sapa nak jual header comel?


Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha







      Kau pilih lah mana gambar yang kau berkenan, pastu gi yahoo print sendiri sebab ni semua ihsan Yahoo. haha. Aku mana la pandai nak design sendiri kan. Rabun IT la katakannn.
huhu. tak tahap buta hokayyy . Masih tau IT. Buktinya? entry yang kau baca nih. hehe

    Ok melalut melalut =.='' sebenarnya nak wish Selamat Hari Raya Aidil Adha a.k.a raya qurban je. hehe. Jom sama kita hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dulu. Bandingkan dengan kita sekarang. BESAR SANGAT BEZANYA! subhanallah !


hatiku berkata : sapa sembelih lembu pagi ni angkat parang!

Thursday, November 3, 2011

Berakhirnya hectic weeks

     Kenapa aku kata tulis weeks bukan week? Sebab...sebab....sebab sebab dah ber'week week' hidup aku hectic and quite miserable. We had lotsssss of presentation to deal with, Presentation Tamadun Islam dan Asia Tenggara (TITAS) lah..presentation literature lah, and yang paling mencabar jiwa raga minda rohani jasmani emosi *over tau Nurin!* hahahah was Education Philosophy presentation! Bukan susah nak present tuh tapi susah nak memahamkan apa yang nak dipresent. erkk kau paham tak ayat aku ni? huhu.. 


    As a presenter mestilah kita nak present terbaikkk punya bagi orang lain faham kan? And most importantly , nak bagi lecturer faham sebab ni graded wooooooo! I had to present with another two classmates, Adibah and Ira on the pioneers in education. Hambik kau! sah2 semua pioneers tu omputeh kan. Gedikss tau nak belajar pasal Barat punya educational system. huhu. Tapi, what to do, dah falsafahnya datang banyak dari diorang ye dok? huhu. Jenuh aku nak memaham si pakcik John Dewey punya philosophy pasal pragmatism tu. Sekarang aku dah paham la. Yelah, after 2,3 hari menelek information yang tak sampai 10 pages tuh. Huhu. Korang nak aku kenalkan dengan pakcik tu? Tak payahla, buat memening aje ! haha, (kalau kau tak belajar pasal ni la. Kalau kau amek education sah2 kau kena pahamkan! )


     Lepas siap presentation semua and dapat markah penuh. Yeaaaahaaaa. loncat loncat. Ingatkan boleh la berehat senang2 berjimba bersama kawan tercinta. Tapiiii quizeS menanti pulak! aha. Aku tak tau camne markah linguistic and counselling aku. Rasa buat ok dah. huhu. Redha je lah. Dah usaha kannnnnn :D


     Habis quiz rasa fuhh minggu terakhir before cuti ni boleh rilexxx. Tapiiii ade lagi dua quizes! Adeh. Literature dengan Philosophy of Education pulak tuh. Literature aku macam hmm okay sebab cover short stories je which had been well discussed with Puan Syahreena. Tapiii Philosophy?! erkkk walaupun take-home test ya rabbiii banyak gila kena buat. Literature quiz harini. Take-home philosophy test pun kena hantar harini. Aish! Dengan aku ada debat lagi malam semalam sampai pukul 10 lebih kauuuu. Mau tak rase nak meroyan ? haha. Ok part meroyan tu over :P


     Berkat kesungguhan, ketaqwaan, dan semangat yang jitu dan unggul, aku buat quiz and submit philosophy test dengan jayanyaaaaaaaa! Oh my. Rasa lega gila, meraikannya dengan makan cendol di Pegaga seksyen dua dan ponteng Kesatria. HEHE . Alaaa.. penatlah. Lagipun sampai Mawar dah dekat pukul lima. Mana nak naik bilik yang nunnn jauh di kayangan *errrr maksud aku tingkat 3 * , mana nak solat, bersiap, iron tudung lagi, Hadeeehhh kita cuti Kesatria lah minggu ni ye Syidah ? :P LOL


     Akhirnya.........berakhirlah hectic weeks aku sebab esok start cuti for raya korban and mid sem break! Yeay cuti seminggu. haha. Kau ado cuti macam aku? Kalau ade, jom loncat sesama. Kalau takde sila jeles. haha.




bangga dan bahagia cuti sebulan. eh semiggu je lah!


hatiku berkata: tiba2 harini kesatria tak kawad, pertolongan cemas je. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. 

Wednesday, November 2, 2011

Rengit oh Rengit

From google

Ini bas express. Sapa pernah naik bas ni? Orang Johor ada kot yang pernah naik bas ni. Selalunya lah kan, bila sebut bas express mesti ramai bayang nak gi jauh jauh kan?? Oh NO NO NO ... Aku hari2 naik bas express ni . Bukan sebab nak melancong tapi nak melencong. Opsss.haha. Takda lah nak gi Intec lah! Melencong amendanyaaaaaa.

As everybody know kannn , kan ke kolej Mawar harum wangi bunga hatiku tu kat seksyen 7. Fakulti aku pulak kat seksyen 17. sah2 la kena naik bas kannn. And they provide this bas Rengit for us. Seronok tak seronok tak ada bas? -.-''

Seronok memang seronok sebab tak payah nak naik bas rapid yang kena bayo 2 hengget tu. (sebab kena tukar bas kat seksyen 2) tapi...tapi..tapi.. kenapa lately Rengit asyik lambat je pagi2? Luluh hati mak!

Sepatutnya ada bas setiap setengah jam start dari pukul 7.30 tapi sekarang ni abang Rengit datang pukul 7. Berduyun2 la umat manusia nak naik satu bas tuh! HUH! Lagi bengang bila yang tak mau ke Intec tapi naik bus tu. WOIII KAU MENYEMPITKAN BAS TAU TAK! Naik la bas yang dah disediakan  ke fakulti kau. Takpun naik la Rapid dalaman. Seringgit je kot! Kitorang ni dahla bas lambat, fakulti jauh pastu nak menyempit2 dalam bas dengan korang ..Heeeeiiii Tak kuasa mak!

Rengit oh Rengit tolong datang cepat sikit. Kami nak sarapan. Kami taknak datang lewat. Kami penat tunggu lama. Sengal oh sengal tolong naik bas ke fakulti kau. Jangan menyesakkan bas fakulti lain.






hatiku berkata: ehh mana abang Pit Bull? Lama tak nampak bawak bas.

Sunday, October 30, 2011

Hati aku

Kau ade berapa hati? 
Aku ade 1 hati.


Hati kau ade berapa bahagian? 
Aku ade dua.


Hati kau colour ape? 
Hati aku colour courli * as in warna warni.


Ape yang ade dalam hati kau?
 Dalam hati aku ade darah.


Lagi?
Ade nama orang2 yang aku sayang.


Tu je? 
Ade memori2 indah dan pahit yang aku taknak lupakan.


Eh, kenapa kau simpan memori dalam hati? Bukan dalam otak? Kenapa kau simpan memori pahit jugak? Orang nak yang manis je.....
Aku simpan dalam hati sebab aku nak memori tu at the centre of my body. Dekat dengan jantung. Sebab memori tu nyawa aku. Aku hidup dengan semua memori tu. Kalau aku simpan dalam otak, aku boleh lupa. Kalau aku terhantuk hilang ingatan, memori2 tu pun akan hilang. Tapi bila aku simpan dalam hati, walaupun aku hilang ingatan, i know i have the memories somewhere in myself. 


Aku jugak simpan memori yang pahit sebab aku belajar daripadanya. Memori2 tu mematangkan aku. Menjadikan aku seorang Nurin. Menjadikan aku lebih tabah. Aku simpan rapat2 dalam hati sebab aku nak jadikan yang pahit itu penawar. *macam ubat, pahit tapi jadi penawar kan. Yup! same goes to me. Yang pahit tu aku jadikan sempadan dan teladan. Aku taknak ulangi memori pahit tu lagi. Cukuplah ruang hati aku dah penuh dengan yang lama. So, lepas ni dah takde memori pahit dah sebab my heart is full :D sory bad memory,, go find another heart !




Tengok. hati aku pernah rosak dulu. Dia broken, injured, went to ICU. aku dah try macam2. Aku dodoikan dia. Aku sapu minyak. Aku tampal dia. Sakit tau kena letak ubat. Pedihnya tak tergambar. Seksa tau kena jahit. Aku tak pakai bius pun time jahit. Jahit ikut sedap aku je. Tapi walau sakit walau perit aku cuba cuba dan cuba jugak nak sembuhkan hati kesayangan aku ni. Yela kan aku cakap tadi, aku ade satu hati jeee. Kalau aku tak sembuhkan, dia melarat. Nanti aku nak pakai hati ape???

Yeayyy berkat usaha tu, hati aku dah tak duduk ICU. Dah boleh main macam biasa tapi tengoklah tu, dah tak cantik macam dulu. Dah tak bertenaga macam dulu. Main2 sikit dah semput. Retak dia tak boleh cantum macam dulu. Hati aku dah fragile. Sentuh sikit boleh berderai ni. Sebab tu aku tak bagi orang sentuh. Sebab aku nak bagi dia sihat betul2. Aku yakin lama2 hati aku mesti boleh baik macam dulu kan? It's just a matter of time. I need time.

Saturday, October 29, 2011

Let's play tag tag!

           Heyy.. i'm not updating for quite long time kan? Huhu. Tak berapa bernafsu pulak nak menaip tuh. Dalam otak banyak je benda nak story mory. Tapi tulah,' dalam otak ' je. haha!
Bukak2 blog malam ni ternampak pulak yong shout kat chatbox yang i've been tagged! I went to her blog and found out that she tagged me in kinda questionnaire thingy. She was tagged by Nisa but i'm not sure if Nisa is the person who in charged for this. huhu.. 


        Here, nah! as easy as ABC :


1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back!
7. No stuff in the tagging section about 'YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS' YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WILL ALL HONESTLY) have tagged 11 people.





         Here we go! 11 things about me :)


1. My full name is Nurin Fatihah Binti Rahenan which mean Cahaya Pembukaan :)


2. I was born on 8th September 1992 ( normal birth ) Ouch Thanks mama! <3


3. I went to kindergarten when i was 3 and 1/2 years . hmmm quite long time in the     kindergarten ya. Sampai cikgu tak tau nak ajar ape. haha.


4. Zaman dedulu, I was the penolong ketua pengawas and pelajar contoh! dedulu lah kannn =.=''.


5. Paling rapat with my mum. SHE IS SUPERBBBBB!


6. I don't have specific fav colour sebab asyik berubah2 je. haha! * sekarang tengah in dengan merah and pink. LOL. eh kuning pun nampak cantik. hehe


7. Sweetest moment was during my secondary study. SMAPK! :)


8. Heart broken once. * u know who


9. Got my licence after skipped the class for a year! LOL! (sebab buat Asasi)


10. Anis Suraya is my blood sister.


11. Love to laugh! :D HAHA




Haha.. feels like knowing me better with those 11 things ?? huhu~ 
Jom jawab soalan yang Yong bagiiiii


1. Bestfriend pertama
    Erna Suryani * sekarang dah lost contact pun! haha*


2. Do you have any pet/s?What kind and what is the name of it.
    Errr.. nope! I don't have anyyy. haha. #akupenakutbinatang#


3. Your favourite drink?
    Any drink related to laici. ngeh3..


4. Pandangan anda tentang kain batik/industri batik
    Kain batik sedap dipakai. Industri batik semakin modern dan boleh dikembangkan lagi.


5. Artis paling lame di mata anda
    Rozita Che Wan


6. Perfume yang dipakai sekarang
    Tak guna perfume. Sembur rexona teen jerrr


7. Subjek paling senang bagi anda masa SPM
    Pendidikan Quran dan Sunnah.


8. Your least favourite habit that u can't avoid
    Tidoooooo.


9. Facebook or twitter. Why?
    Facebook coz i'm more familiar with it and more people have fb compared to twitter.


10. One most important goal that you HAVE to achieve before getting married
     Drive my own car!


11. You love ________________
    Allah, KekasihNYA, mama, ayah, siblings, friends and him.








Hah! Dah penat aku menjawabnya, now.....my turn to ask you! haha


1. What is the meaning of your name?


2. Kalau masa boleh diundur balik, kau nak pergi zaman bila?


3. Your dream car?


4. Bila nak kahwin?


5. Macam mana kau boleh kenal aku?


6. What's phone are you using now? Wish to buy a new one?


7. Have any crush on anybody right now? hehe


8. Who are you in the next ten years?


9. Why are you blogging?


10. Tempat yang paling kau nak sangattttt jejak


11. Nak main tag tag ni tak?



Have fun everybody! :D






    Jom kita tengok siapa yang kena taggggg

3. Zami
5. Yen
6. Paan
9. Nisa
10. Ben
11. Nashra

Monday, October 17, 2011

Ghost dan Hantu - Two different things

          Perasan tak sekarang ni banyakkkkk sangat cerita hantu. Tak kisah la kat tv ke, panggung ke, bersiri ke, drama ke, movie ke, eh, banyak pulak kau punya ke ye Nurin !
-.-". Ok2 tak kisahlah kat mana2 pun cerita hantu tu. yang penting banyak kan?kan? Sapa setuju terus baca! Kalau tak setuju pun kena baca jugak! haha.

        Hmm.. agak2 kenapa banyak cerita macam ni yang keluar? Mestilah sbb banyak permintaan ye dok? Kalau tak, buat ape producer nak kuarkan cerita hantu . Rugi lah depa.
Tapi, cerita hantu melayu seram kan? Kau agak kenapa ek? Sebab Malaysia mmg banyak hantu ke? or sebab aku yang penakut tengok semua rasa takuttttt. haha

aku type laju2 part ni sbb aku tak berani pandang gambo tu punnn.huhu

       Eh, tapi kan , kalau nak kata aku yang penakut, bila tengok cerita2 hantu inggeris takde la pulak aku TAKUT SANGAT. TAKUT SIKIT-SIKIT tu biasalah kan.ahaks.

       So, alkisahnya, one day tengah mama ayah adik beradik aku bincang2 pasal isu ni, kitorang pun dapat conclusion kepada semua persoalan ni :

Mama : Kenapa eh cerita hantu orang putih tak seram macam cerita hantu melayu?
Aqilah (my lil sister) : Yela..kan bahasa inggeris diorang panggil ghost. Melayu panggil hantu. Kan beza tu. Satu ghost satu hantu. Sebab tu la cerita orang putih tak seram sangat.

       Haiya! itu macam ka??! HAHAHAHA. Aqilah,aqilah.....

hatiku berkata: ghost dan hantu sama hokay!

    


Thursday, October 13, 2011

Doa yang cukup indah

Doa yang sangat indah dan menyentuh hati.

Ye, aku rasa agak rugi sebab baru tau doa ni tapi rasa beruntung juga sebab masih berpeluang untuk tahu . Syukur Ya Allah!

hatiku berkata : Insyaallah cuba hafal dan mengamalkannya. JOMMM SESAME :)

Tuesday, October 11, 2011

Blog Mak Merah yang macam morphine

          Aku bet mesti kau ada blogger(s) favourite kannnn! Kira hari hari online wajiblah menjenguk blog beliau walau kadang2 dia tak sempat hapdate lagi pun! haha. Dah tu kalau dia tak hapdate lagi ape nak dibuat? Godek2lah entry lamanya tengok apa yang patut .Takpun, click la button pangkah kat hujung skrin tu, jenguk blog lain pulak ! haha


        Ceteke ceteke sape blogger favourite aku *ceh padahal tengok tajuk dah boleh agak. haha. MAK MERAH la yang best tauuuu.. Tu yang aku kata blog dia macam morphine tuh! Sekali baca addicted kau! Kuat betul minyak dia! haha. kidding :p . Kalau kau tak pernah baca, cuba la tryyyy. Tapi aku rasa mostly semua blogger pun kenal dah dia nih! Blogger jutawan kann..ahaks~



          Lebih kurang cenggini la rupa blog dia. Merahhhhhh mak ngah! hehe. One thing yang special pasal kak red ni, she can talk about everything! Kau bagi je ape pun, event ke, anak ke, makan ke, shopping ke! (haha yang ni confirm paling dia sukaaa). She makes her entries super awesome tau. Pandai menceceh ye kak! Best2. Serious tak jemu baca.


          Lagipun , I found out that blog dia informative la. Boleh dapat ilmu and maklumat and in fact if u asked her something, insyaallah she will try to answer it. Tak kedekut ilmu macam sesetengah tuuuu. huhu~ That's why aku suka baca sbb sesuai untuk semua lapisan masyarakat. hehe.Macam iklan dah aku rasa. Dah sah2 la kitorang beza gila. Aku student,dia bekerja. Aku single,dia mother, Aku miskin,dia kayaaaaa! HAHA. Kaya tapi rajin melanting2 i like! :) hehe. Cuma belum berezeki nak dapat lantingan tu.


          Suka gila ini mak merah. Sampai aku pun terpengaruh dengan merah powernya. Sekarang nampak merah lawaaa je. Kasut merah, baju merah, beg merah, semua dapat tempat di mataku. Cuma tak berani nak pakai je. Takut tak sesuaiiiiiiii


          Kesimpulannye, she's my fav! and inspired me lohhh...hihihih




hatiku berkata: Who's ur fav?
         
      
  

Monday, October 3, 2011

Kenangan PMRku

           PMR oh PMR. Haha teringat pulak zaman dulu kala ambik PMR tu. Berdebar memang ya hamattttt. Tapi i'm lucky sebab duk kat SMAP. Time PMR, semangat gilaaa.. Antara sebab2 nya.....


-Junior and senior akan pasang macam2 sepanduk,banner,kain rentang or whatever u call it dekat pintu dorm, pagar asrama, dan mana2 lah yang boleh digantung dan ditampal. Semangat gilaaa bila tengok macam2 kata2 semangat with our name on it!


-Bangun tido pagi nak PMR tu mesti banyak kad/kertas warna warni yang wish good luck.


-Dapat special treat sket kat DM(dewan makan). Budak PMR akan didahulukan.. bahahaha! makan cepat yeay yeay!


-*Ni part paling bermakna - before keluar dorm, sorang akan lead untuk Al-Fatihah (dgn sekali nafas je tau), doa yang syahdu, zikir dan akan takbir beramai2 7 kali.


- Keluar bilik dengan langkah kanan and jangan berpatah balik. (i guess it's symbolized yang kita ni dah ready and takkan looking back kott. kot lah)


- Berdoa sekali lagi *boys pulak yang lead * kat luar dewan. Time ni focus gila2 and berserah sesungguhnya. Memang terasa betul keikhlasan mintak pada Allah . Syahdu je rasa.


- Before duduk atas kerusi, lap kerusi tu dengan ayat *alamak!! teruk betul dah lupa ayat apaaaa -.-'' . my bad!


- Bukak paper baca Bismillah, doa lagi..


- Kalau tak boleh jawab, baca selawat and surah....*errr lupa lagi .dushhh dah sedar betapa lalainya aku sekarang.. sesapa yang ingat tolong bgtau :'(


- Before serah paper, tulis kat belakang paper dengan bontot pen - inna fatahna laka fathan mubina- tulis jawi okayyy --> ni aku amal sampai sekarang.


- Lastlyyyyy..bertawakkal lah. Kan kita dah berusaha dan berdoa :)




hatiku berkata : Good luck semua especially to my sister , NURIN FATIN AINA.

HOTkah? COOLkah?



          Haha comel kan?? Nak tau pasal contest ni, sila jenguk sini. Aku pun tau pasal contest ni from syidahcintasayangkuitu  . Aku pun sesaja la join. MANA LA TAU ADA REZEKI KANNN. hehe..
  
      So, well basically nampak hot and cool ke blog ku ini? hehe. Kalau nak ikut biasa2 je la kan.. Tapi as for me yang buat blog picisan aku ni hot&cool is people who read this. *ececeh bangga la sapa yang tengah baca kannn. haha. Tapi seriously, tanpa korang tak jadi la blog ni kan. Not to say aku buat blog sebab nak orang baca.. ehh mestilah buat sebab nak orang baca kan?  Maksud aku kat sini, bukan aku berblog sebab nak femes ramai follower ke hape tapi aku gembiraaaaaa bila ada yang sudi drop by kongsi kisah dengan aku. hehe~

JOMMM kita main tag2 orang nak? hehe

1. yong

2. izzah
3. din
     
      Tu je lah. hehe. So, do you think it's hot&cool ? :P

hatiku berkata: kadang hot kadang cool. Jadilah hot&cool. haha

Friday, September 30, 2011

I loveeee making new friends

          Kat UITM ni rasa macam majlis reunion pulak. haha. Jalan2~ eh, kau...jalan lagi, eh kau pulak, jalan jalan jalan, eh tu senior aku. Tu junior aku. hahah. Siyes aku asyik bertembung bebudak SMAP je lately. Tapi aku seronok lah. Seronok masing2 dah ade life yang bagus. Seronok tengok masing2 sihat, and seronok bila diperkenalkan dengan kawan2 merekaaaa~ haha *mood renyam- ON.


       Teka, siapa yang aku paling heksaiteddddd sekali bila jumpa? Teka teka teka. Aku bg seribu hengget. Ok masa dah tamat, takde sape jawab kira aku tarik balik seribu tu. hahaha!
haha! duit masuk poket aku balik. :P
          
Ok, aku excitedddd sesungguhnya bila jumpa azuhairie. *wah wah kau nurin...yg perempuan tak excited, yang spesies ni beriya kau ye! :p Nak buat cane..Law of attraction . hehe
Ok, sebenarnya he's one of my good friend la kan when i was at smap dedulu. Erkk but, i dont know if i am one of his good friend. Boleh gitu?? Boleh laaaa....

comel je kawan baik mcm ni kan?? hehe

       I think I met him twice during orientation. And then couple of times on bus. Owh ya.. Rapid mmg selalu berjasa buat program jejak kasih ni. haha! So, we decided to have lunch/ dinner together. Tapi, dua tiga kali jugak lah kita postpone sebab aku ni kan belajar kat Intec nunnnnn... Payah sket nak kuar tetiba ni kan. Finally, time aku submit PTPTN form hari ahad haritu, kitorang gi lunch sekali sbb PTPTN rehat jap and it's not my turn yet. 


      Aku pun hangkut la si syidah sekali. Dia ni mmg kemana mana pun aku hangkut ajak teman. haha. Kawan2 aku pun ramai yang dia kenal. Azu or known as Ayie here * erghhh I love to call him azu more. ok never mind! bawak kawan2 dia pulak. Yes! haha. Dapat kenal2 mamat engine. haha. Bosan dah aku menengok mamat Tesl je de dok? Kali ni kita besarkan skop kawan tu. hehe


    Azu pun ape kurang, dia angkut kawan dia 3 orang kauuuu. Arif, Ridzhan, and Ikhwan. Three of them mula2 mcm malu2 especially Ridzhan. Hmm.. sebab baru kenal kot. Ke memang pemalu? shy shy cat bak kata si syidah. :p  The funniest part was syidah sentap dengan mereka2 sebab masing2 tolak menolak tak mau dok sebelah dia. Azu sah2 sebelah aku kan sebab kita dah memang kawan. Ikhwan pulak sat next to Azu. Arif dengan Ridzhan lah dok bertolak2 sapa nak dok sebelah Syidah sampai Syidah terpaksa cakap

"Weh..aku bukan dinosour la makan korang"

~ini bukan syidah okayyyyy~

      Haha, chill Syidah, diorang segan tu. Baru kenal kannnn~ Kitorang pung pang pung pang borak sampai pukul dua. Kenyang makan nasi, kenyang makan asap -.-''. Koranggg tolonglah aku nak hidup lama and taknak korang mati cepat. Quit smoking later ya :) * arif, ridzhan, syidah and I are passive smoker :p . Seronok seronok jugak sebab jumpa kawan lama and baru tapi makkkkk terlepas dah number giliran PTPTN tuu...Haha! Padan muka kau Nurin, leka sangatttttt. Ehhh apa salah aku pulak?? Bus rapid tu yang lembab. Boleh pulak mesin top-up kad tu rosak and the driver had to repair it like 10 minutes? URGHHH! 

         Nasib baikkkk la pegawai PTPTN tu kata tak payah ambik number baru. Boleh terus masuk je. Haiii kalau kena ambik number baru, alamatnya berkampunglahhhh aku kat dewan seroja tu. Yeayyyy!! PTPTN dah lepas, and dapat kawan baru :D 
........


........


........


........


........


.........

       Hoihoihoii... nanti dulu la, tak habis cerita lagi nih. -.-'' . The next day which is Monday, Ikhwan ajak ke KFC pulak dah. Tapi tak dapek nak nolong sebab kelas habis lambat kan. Penat pulak nak keluar malam. Dahlah ayat ajak makan dia tu macam diktator gila!
      Mlm ni makan kat KFC..Pukul 9 sharp. Lambat tinggal. 
      Mak aihhh~ memang tak sempat der... So, kitorang decide to go on Wednesday.

      Korang tau apa jadi Rabu tu?? * haihhh memang la kitorang gi KFC. Tapi ape cerita disebaliknya? Haaa tak tau kan? tak tau kan... Meh sini nak habaq!

      Al-kisahnya, Kolej Jati tempat diorang tinggal tu terbakar! TERBAKAR! Ye, terbakar around 3 pagi tu. Aku tau lambat sket cam tengahari lah kan. Aku pun call la Azu. Yelah, risau lah jugak. And shockingly, Azu kata Ikhwan injured and warded. I was like.. eh betul ke? Boleh percaya ke? Ok takpe.. call Ikhwan. Mana lah tau Azu main2 je..
     
     After a while, his friend pick up the call.

                        " Ni kawan wan ni. Wan kat hospital. Sekarang dia tengah tido lagi. Ade nak pesan apa2 ke? Ni siapa ye?"

     Ok... Ikhwan betul2 terbakar lah Nurinnnn :0 Takpe, breath in..breath out. Tido jap.
.....

.....

.....
      Woke up for Asar prayer, grab the mathurat and also the yasin. Please save my friend and the others. 

       Even ade member warded pun, malam tu gi KFC jugak! haha. Azu kata, kawan2 dia macam tak nak gi je. Hmm.. takpelah, mana yang ada jer. Sampai KFC, nampak Azu, Arif and Ridzhan. Owh! lupa nak bagitau, aku bawak Syidah, Mimi and Malina. Azu yang suruh bawak ramai2 sikit. Lepas order makan kat atas. Tengah borank-borak, Azu kata ade lagi kawan dia nak datang.. Jengg jengg jenggg.. Ada pulak Ikhwan nih! * which mula2 aku tak perasan sbb dia tak pakai spec. Masa lunch haritu dia pakai. Ouchh! tipuuuuuuuuuuu~ -.-''
Sentap jugak tapi a bit relief lah kan sbb everybody pun selamat. 

pheww~ jangan memain lagi tau tau :D

      Kat KFC pun got new friends, Afnan, Adam, and Thaqif. I loveeeee making new friends! Especially bebudak science ni. Bangga je rasa ada kawan pandai2. heheh. So that's the end. Nanti boleh ler kita gi seksyen 7 ke, i city ke, movie ke, karok ke..* dushhh! idea kau tu semua idea nak perabis duit tu Nurin! 


Kita suka kawan dengan awak, awak, awak,dan awak semuaaaa :D



   

hatiku berkata : sapa lagi nak kawan dengan aku?! angkat tangan!*tetiba
        

                                          

Wednesday, September 21, 2011

Bab baru seorang Nurin

         Lamaaaa sangat aku tak menghapdet blog ni. Sejak blog post terakhir yang dah lebih sebulan lalu tu kan! Bulan puasa aku takde buat entry pape...Raya pun kan?kan? Sebenarnya dalam otak ni banyakkkk sangat benda nak cerita. tapi, dalam otak je la kan. Tak terzahir kat sini pun. huhu. Tapi takpe la, kan aku dah update ni :) 


          Well, tajuk entry pun pasal bab baru kan, haruslah aku story apa yg baru pada aku kann. Okay, bab yang paling tragisnya, berat naik mencanak 3kg! Hambik kau Nurin~ Cuti 6 bulan senang lenang ye..Sumbat apa mau, senam tak mau. HAHAHAHA *aku je boleh gelakkan diri sendiri mcm ni. Korang jgn gelak -.-' diam diam aje.


  alahaii ni gambar raya yg aku dah naik 3kg tuuuu.. Remain mcm ni ok lg kot, tapi lebih lagi, mak tak mampu. huhu

           Bermaaf maafan di hari raya mensucikan dosa yang tak tau la berapa banyak aku kumpul. huhu.. Lagi2 dengan mak bapak tu kan, bukan nak kata aku ni semedang je nakmelawan bagai tapi, manalah tau ade yang TER kan.. TER TAU! Perasan tak, kalau raya, ade orang akan cakap, "kosong kosong ye" . HOI HOI... memang la aku tau kau nak kosongkan tabung dosa tu, tapi ape salahnya cakap elok elok sket. 

''Selamat hari raya maaf zahir batin ye, mintak maaf la kalau ade buat salah silap selama ni''
Haa sejuk hati mak dengar mcm ni :) Kiranya sekarang, buku dosa pn dah bukak bab baru, huhu. Harap2 bab ni lebih baik daripada bab2 lepas kannnn... Haruslah berusaha Nurin!

           Ok, bab terpenting aku, bila dah bergelar degree student.. Cehh,, rasa bangga giler tau dapat title tu. haha! Alhamdulillah, dapat sambung study and i'm doing B. ED TESL. 4 tahun lagi JE nak grad ( je tu nak sedapkan hati sendiri) huhu.. Alaa tapi kan kan kan.. lepas 4 tahun tu berlalu, confirm ayat ni kuar dari articulatory system aku..

" Pejam celik pejam celik dah  4 tahun kan? Kejap je . Macam baru daftar semalam"  

Haaa.. psikik tak psikik aku ni. Dah tau dah nak cakap ape 4 tahun lagi . haha! Sebabnya, lepas habis sekolah rendah dulu, aku cakap mcm tu, lepas habis secondary school pun aku cakap mcm tu! haha. Ecececeee confirm, korang pun ntah2 pernah cakap mcm tu kann. Ngaku sekarang.!
           Eh, lupa pulak nak cakap, (even ramai je dah tau kann) yang aku ni masih di UITM Shah Alam. Ni memang kes UITM di hatiku lah ni. Malas aku nak berpindah randah tok nenek segala gi U lain . Huhu. Lagipun best ape UITM! Even ade orang kata 

"alahh UITM tu, bukan susah pun nak masuk. Result tak bagus sangat pun boleh apply. Dahla sosial teruk, U bumiputera pulak tu. Takde persaingan langsung. Tak class la UITM."

            Eh eh, Hoi hoi, Helloooo.. rasa nak ganyang je orang cakap mcm tu. Kau tak dok dalam ni kau tak tau la. Eleh2 nak berlagak konon, entah2 nanti, anak cucu kau buat rayuan nak masuk UITM ni. UITM ni bagi peluang to everybody. As long as kau nak belajar. Pasal  sosial pulak, tu terletak pada diri masing2 lah kan. Yang kau pi ikut orang bersosial bagai nak gila mabuk2 ke club raba meraba atas bawah depan belakang tu apesalllll???! Pandai2 la jaga diri weii.. Kat UIA pun ade kes mcm tu lahhh. Kat UM pun ade budak buat hal. Alaaa kalau nak bersosialsial macam tu, tak payah dok UITM pun bole buat lahhhhhh.

            Jadi, pandai2 lah kita menjaga diri ye :) Aku percaya kau kau kau dan kau pun dah bukak bab baru kan? :) Jom kita sama2 kekalkan prestasi bab ni. Hoyearhhh! Go go go go Chaiyokk!


hatiku berkata: topi kesatria hilang. demmm tak boleh beli topi jer =.='