Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

Gedebuk gedebak

     Gedebuk gedebak hati ai nih. Minggu depan dah nak kuar result. Ape cer result gua der? Haii ingat time study week, exam je ke jantung gedebuk gedebak? Time cuti ni lagi la.. Tunggu result pulak. Kalau ok yeay syukur alhamdulillah. Kalau tak? HUKSSS -.-''


    Kawan2 dari u lain yg dah dapat result semua pun gempak2. Ada 3.8, 3.75, 3.67. HAAA. Pandai gler. Korang makan buku gamaknya? huhu. Tahniah la korang. Sementara korang enjoy dengan result gempak2 tu, biar ai sambung gedebuk gedebak jantung ni ea..




hatiku berkata: dup dap dup dap... test jantung. 

Thursday, November 10, 2011

Mengidamdamdam



M.E.N.G.I.D.A.M ... pernah dengar tak word ni? Kalau tak pernah dengar, hantuk kepala kat dinding sekarang. bhaha. *takde motif nak suruh hantuk kepala :P Ok . Kalau kau tak pernah dengar or tau pasal menidam ni, meh aku kasi cerrr sket!


Terdapat wanita mengandung yang mengalami keinginan yang sangat tinggi untuk makan sesuatu. Keadaan ini di panggil mengidam. Para penyelidik telah cuba menentukan sama ada wanita yang mengidam makanan tertentu kekurangan nutrien yang terkandung dalam makanan tersebut. Walau bagaimana pun, ini bukanlah sebabnya dan puncanya yang sebenar masih menjadi tanda tanya.
Sesetengah pakar perubatan menjangkakan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh wanita mengandung. Perubahan hormon boleh meningkatkan kepekaan deria bau (yang berkait rapat dengan deria rasa) pada wanita mengandung, sekaligus mempengaruhi pemakanannya. Alahan semasa mengandung seperti pening, kembung perut, keletihan atau muntah-muntah akibat perubahan hormon juga boleh menjadi sebab wanita mengandung mengidamkan makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan.
Kebanyakan wanita mengandung mengidam makanan daripada coklat sehinggalah nasi beriani yang dijual di kedai mamak sahaja. Kadang-kadang permintaan untuk menikmati makanan yang diidamkannya boleh timbul bila-bila masa saja termasuklah pukul 2, 3 pagi (kesian suami…). Mengidam makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan tidak akan mendatangkan masalah .bla bla bla bla....


credit to:
http://comelnya.com/mengandung/mengidam-semasa-mengandung


haha. kau hado tahap kemalasan menaip macam aku nih? hadeh. huhu. 


Ok. well, aku mengidam kan tadi? Yes Tapi bukan sebab aku preggy lerr =.='' GILA KAU kalau aku preggy. huhu. Tapi aku nak jugak mengidam! Secara konseptualnya, bagi aku mengidam ni bila kita nak something sesangatsangatsangat. Kalau orang mengandung tak dapat apa yang dia mengidam, katanya nanti baby akan ngences (meleleh air liur) tapi, dalam kes aku ni, aku yang akan meleleh air liur siap nak igauan malam hari lagi! * haha! Nurin memang suka buat hiperbola  :P

Tapi serius, aku tengah mengidam sangat2. Tapi bukan nak makanan.... Aku mengidam...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

AKU MENGIDAM HEADER COMEL 

Ye..aku teringin sangat nak ado header yang comel. Suka bila tengok orang lain ada header comel kat blog memasing * ok tak suka, jeles sebenarnya ^-^ . Masalahnya, aku tak pandai nak buat sendiri. Nak edit2 tak kretip. hukhuk #nasibkaulahnurin# 

Mesti seronok kalau pandai buat kan? Aku pernah buat sendiri tapI turn out jadi BUROKKKKKKKK. wahh memang tak berseni dan tak mampu eden. Pernah masuk 2 contest yang tawarkan header kiut miut tapi belum ade rezeki. huhu~ Takpela, aku usaha lagi nak uaskan kemengidaman aku ni :'(

hatiku berkata: susah2 beli je la. sapa nak jual header comel?


Sunday, October 30, 2011

Hati aku

Kau ade berapa hati? 
Aku ade 1 hati.


Hati kau ade berapa bahagian? 
Aku ade dua.


Hati kau colour ape? 
Hati aku colour courli * as in warna warni.


Ape yang ade dalam hati kau?
 Dalam hati aku ade darah.


Lagi?
Ade nama orang2 yang aku sayang.


Tu je? 
Ade memori2 indah dan pahit yang aku taknak lupakan.


Eh, kenapa kau simpan memori dalam hati? Bukan dalam otak? Kenapa kau simpan memori pahit jugak? Orang nak yang manis je.....
Aku simpan dalam hati sebab aku nak memori tu at the centre of my body. Dekat dengan jantung. Sebab memori tu nyawa aku. Aku hidup dengan semua memori tu. Kalau aku simpan dalam otak, aku boleh lupa. Kalau aku terhantuk hilang ingatan, memori2 tu pun akan hilang. Tapi bila aku simpan dalam hati, walaupun aku hilang ingatan, i know i have the memories somewhere in myself. 


Aku jugak simpan memori yang pahit sebab aku belajar daripadanya. Memori2 tu mematangkan aku. Menjadikan aku seorang Nurin. Menjadikan aku lebih tabah. Aku simpan rapat2 dalam hati sebab aku nak jadikan yang pahit itu penawar. *macam ubat, pahit tapi jadi penawar kan. Yup! same goes to me. Yang pahit tu aku jadikan sempadan dan teladan. Aku taknak ulangi memori pahit tu lagi. Cukuplah ruang hati aku dah penuh dengan yang lama. So, lepas ni dah takde memori pahit dah sebab my heart is full :D sory bad memory,, go find another heart !




Tengok. hati aku pernah rosak dulu. Dia broken, injured, went to ICU. aku dah try macam2. Aku dodoikan dia. Aku sapu minyak. Aku tampal dia. Sakit tau kena letak ubat. Pedihnya tak tergambar. Seksa tau kena jahit. Aku tak pakai bius pun time jahit. Jahit ikut sedap aku je. Tapi walau sakit walau perit aku cuba cuba dan cuba jugak nak sembuhkan hati kesayangan aku ni. Yela kan aku cakap tadi, aku ade satu hati jeee. Kalau aku tak sembuhkan, dia melarat. Nanti aku nak pakai hati ape???

Yeayyy berkat usaha tu, hati aku dah tak duduk ICU. Dah boleh main macam biasa tapi tengoklah tu, dah tak cantik macam dulu. Dah tak bertenaga macam dulu. Main2 sikit dah semput. Retak dia tak boleh cantum macam dulu. Hati aku dah fragile. Sentuh sikit boleh berderai ni. Sebab tu aku tak bagi orang sentuh. Sebab aku nak bagi dia sihat betul2. Aku yakin lama2 hati aku mesti boleh baik macam dulu kan? It's just a matter of time. I need time.