Wednesday, November 16, 2011

Nikmatnyaaaaa

     Nikmatnyaaa.. Nikmatnya apa?


Nikmatnya bila sihat boleh jalan sana sini lari merata.
Nikmatnya bila sihat boleh gelak ketawa riang bahagia.
Nikmatnya bila sihat boleh tidur dengan selesa.
Nikmatnya bila sihat boleh senyum tanpa pura2.
Nikmatnya bila sihat boleh makan apa saja.
Nikmatnya bila sihat tak payah makan ubat pahit tak hingat duniaaaaaa..






Wahh aku merindui kenikmatan itu. Ye.. memang aku hambaNYA yang lemah. Sakit sikit rasa macam banyak je yg aku kehilangan. Selama ni Allah bagi semua tu tak terasa sangat pun nikmatnya. Kenapa? Sebab dia bagi free! Cuba suruh bayar. Confirm menikmati setiap detik kannn. Ni bila dah dapat sakit baru nak rindu kenikmatan tu semua.


Perasan tak? Kita akan lebih menghargai sesuatu bila kita kehilangan?? HMMM....see....AKULAH TU! uhukss :'(




hatiku berkata: badan kanan tak sihat. kiri sihat. gimana ya?

Thursday, November 10, 2011

Mengidamdamdam



M.E.N.G.I.D.A.M ... pernah dengar tak word ni? Kalau tak pernah dengar, hantuk kepala kat dinding sekarang. bhaha. *takde motif nak suruh hantuk kepala :P Ok . Kalau kau tak pernah dengar or tau pasal menidam ni, meh aku kasi cerrr sket!


Terdapat wanita mengandung yang mengalami keinginan yang sangat tinggi untuk makan sesuatu. Keadaan ini di panggil mengidam. Para penyelidik telah cuba menentukan sama ada wanita yang mengidam makanan tertentu kekurangan nutrien yang terkandung dalam makanan tersebut. Walau bagaimana pun, ini bukanlah sebabnya dan puncanya yang sebenar masih menjadi tanda tanya.
Sesetengah pakar perubatan menjangkakan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh wanita mengandung. Perubahan hormon boleh meningkatkan kepekaan deria bau (yang berkait rapat dengan deria rasa) pada wanita mengandung, sekaligus mempengaruhi pemakanannya. Alahan semasa mengandung seperti pening, kembung perut, keletihan atau muntah-muntah akibat perubahan hormon juga boleh menjadi sebab wanita mengandung mengidamkan makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan.
Kebanyakan wanita mengandung mengidam makanan daripada coklat sehinggalah nasi beriani yang dijual di kedai mamak sahaja. Kadang-kadang permintaan untuk menikmati makanan yang diidamkannya boleh timbul bila-bila masa saja termasuklah pukul 2, 3 pagi (kesian suami…). Mengidam makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan tidak akan mendatangkan masalah .bla bla bla bla....


credit to:
http://comelnya.com/mengandung/mengidam-semasa-mengandung


haha. kau hado tahap kemalasan menaip macam aku nih? hadeh. huhu. 


Ok. well, aku mengidam kan tadi? Yes Tapi bukan sebab aku preggy lerr =.='' GILA KAU kalau aku preggy. huhu. Tapi aku nak jugak mengidam! Secara konseptualnya, bagi aku mengidam ni bila kita nak something sesangatsangatsangat. Kalau orang mengandung tak dapat apa yang dia mengidam, katanya nanti baby akan ngences (meleleh air liur) tapi, dalam kes aku ni, aku yang akan meleleh air liur siap nak igauan malam hari lagi! * haha! Nurin memang suka buat hiperbola  :P

Tapi serius, aku tengah mengidam sangat2. Tapi bukan nak makanan.... Aku mengidam...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

AKU MENGIDAM HEADER COMEL 

Ye..aku teringin sangat nak ado header yang comel. Suka bila tengok orang lain ada header comel kat blog memasing * ok tak suka, jeles sebenarnya ^-^ . Masalahnya, aku tak pandai nak buat sendiri. Nak edit2 tak kretip. hukhuk #nasibkaulahnurin# 

Mesti seronok kalau pandai buat kan? Aku pernah buat sendiri tapI turn out jadi BUROKKKKKKKK. wahh memang tak berseni dan tak mampu eden. Pernah masuk 2 contest yang tawarkan header kiut miut tapi belum ade rezeki. huhu~ Takpela, aku usaha lagi nak uaskan kemengidaman aku ni :'(

hatiku berkata: susah2 beli je la. sapa nak jual header comel?


Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha







      Kau pilih lah mana gambar yang kau berkenan, pastu gi yahoo print sendiri sebab ni semua ihsan Yahoo. haha. Aku mana la pandai nak design sendiri kan. Rabun IT la katakannn.
huhu. tak tahap buta hokayyy . Masih tau IT. Buktinya? entry yang kau baca nih. hehe

    Ok melalut melalut =.='' sebenarnya nak wish Selamat Hari Raya Aidil Adha a.k.a raya qurban je. hehe. Jom sama kita hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dulu. Bandingkan dengan kita sekarang. BESAR SANGAT BEZANYA! subhanallah !


hatiku berkata : sapa sembelih lembu pagi ni angkat parang!