Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Bila kemanusiaan semakin hilang

          Bila kemanusiaan semakin hilang, macam hal yang jadi. Hari2 kita dengar orang sana kena bakar, orang sini kena tikam, orang tu kena langgar, orang ni kena tetak. Hah! Tak seram kau tengok huruf besar2 tu??! What if one day, benda ni jadi pada kita. Nauzubillah mintak jauhkan. Tapi, yang aku perhati sekarang ni, yang buat2 benda2 ni is orang yang dekat2 je. Suami bakar bini lah, Bini racun laki lah, Mak bunuh anak lah. HAIIIII macam. Seriau jadinya.

           One thing yang membuatkan aku nangis harini ;


#this picture was taken from fb #

          Harini semua terkejut kan dengan berita a baby was killed by his own 16 years old mum. I got this news from my lecturer during our couselling lesson. Aku balik Mawar, terus cari paper. Haruslah Metro! Aku belek2 kosmo macam takde jer story ni. Hmmm~ According to Metro, the girl is a student in Sarawak. Dia bunuh dengan cara kelar this innocent baby sebab family of 27 years old boyfriend jantan tak guna dia tu taknak terima the baby. Mungkin budak ni pun stressssss gila sebab yela, at the age of 16, ape yang dia boleh buat dan fikir. Tapi tak sangka dia tergamak buat sampai macam ni. Kalau sebelum ni, orang bunuh dengan cara lemaskan dalam air, flush dalam toilet, tekup dengan kain dll, sekarang to the extend kelar sampai keluar isi perut bagaiiiii. I don't know what is in her mind waktu buat ni. Definitely, she's crazy and insane to do such thing to his own flesh and blood.

             Seriously, tengok je gambar ni meleleh air mata aku. Ya Allah, apalah dosa baby tu. Besar betul harga yang dibayar untuk kesalahan mak bapaknya. Betapa sakitnya cara kematian dia. Kita yang besar ni pun kalu ter'cut' sikit dah sakit masyaallah, Apatah lagi dikelar hidup2 sampai keluar isi perut.Tapi, yang pasti, baby ini aman disisiNYA. Syurga itu janji Allah buatnya. Al- Fatihah.

               Semoga kita semua dijauhkan daripada semua ni. Let's pray for everybody to have stronger faith and spirit. Semoga kisah ini kisah terakhir yang menyayat hati kita. Amin~

hatiku berkata: Sedihhhh sangat :'(


Monday, January 10, 2011

surat kepada sahabat

Ke hadapan sahabatku,

Apa khabar kau di sana? Walau di mana pun kau berada, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kau. Kalau kau gembira, aku turut gembira tapi, kalau kau sedih aku harap kau dapat berkongsi kesedihan itu dengan aku supaya kau tak rasa terlalu terbeban dengan masalah kau. Aku bukanlah seorang penyelesai masalah yang baik tapi insyaallah aku boleh mendengar dengan baik dan aku akan CUBA membantu kau keluar dari masalah kau atau sekurang-kurangnya mengembirakan kau walau seketika cuma. Masihkan kau ingat waktu2 gembira kita bersama? Waktu kita sama2 gelak dan ketawa walaupun pada benda yang tak masuk dek akal. Aku rindu saat itu dan aku tak mahu saat itu berlalu pergi.

Sahabatku,

Aku tau aku bukanlah sahabat terbaik di dunia ini tapi, aku ingin menjadi yang terbaik untuk kau. Aku mahu jadi yang terpantas mengetahui isi hati kau. Aku mahu jadi yang terawal bersama kau di kala susah dan senang. Aku sanggup mencuri sedikit waktu dari 24jam hidupku untuk kau. Aku sanggup bersama kau dalam segala situasi.

Sahabatku,

Aku sangat menghargai kehadiran kau dalam hidup aku. Kau membuatkan hidup aku berwarna-warni dan bercahaya tapi........sekarang susah aku nak melihat kau tersenyum apatah lagi bergelak ketawa seperti dulu. Kalau aku puncanya, ribuan maaf aku pohonkan tapi, kalau aku bukanlah penyebabnya, izinkan aku bersamamu keluar dari detik pahit ini.
Sesungguhnya aku sayang kau..

Yang ikhlas,
Nurin Fatihah
sahabatmu,