Saturday, December 11, 2010

penemuan hebat oleh orang islam

     Kita selalu anggap orang barat tu hebat. Sebab apa?? Sebab diorang pandai.. penemuan diorang berguna kepada kita.. Tapi, hakikatnya, kita tau tak sebenarnya, banyak penemuan2 sains dan sebagainya tu, dipelopori oleh orang islam?? aku ulangi.. ORANG ISLAM!. Aku tau ni pun dari surat khabar seleksi yang mak aku beli bila ntah.. so, marilah kita same2 tambah ilmu :))


1. KOPI
   

 Seorang lelaki pengembala kambing berbangsa arab,Khalid, yg membela kambing di wilayah Khaffa, bahagian selatan Ethiopia, mendapati kambingnya menjadi lebbih bertenaga selepas makan sejenis buah. Then, dia pun rebus buah tu dan itulah kopi pertama dalam sejarah manusia. Pastu, air kopi jadi makin famous bile dieksport ke Yemen di mana para sufi minum kopi ni utk qiamullail (emmm.. benda ni dah lame aku tak buat .. huhu). Pada tahun 1645, minuman ni sampai ke Venice, pastu dibawa memasuki England pada 1650 oleh warga Turki barnama Pasqua Rosee(emm..tak tau aku cmne nak sebut name dia ni ..). Pasque Rosee ni la orang pertama yg buka  coffee house di Lombart Street, London.
     Dalam bahasa arab, kopi dipanggil qahwa.. then, mnjadi kahve di Turki, CaffE' di Itali, dan coffee di England.


    Seterusnya......


        2. CATUR
       Permainan berupa catur telah dimainkan oleh masyarakat India purba tapi, permainan ni dibangunkan menjadi seperti yg kita main hari ni di Persia. Bermula dr Persia, berkembang ke Eropah dan tersebar hingga ke Jepun. Perkataan buah catur ni berasal dr perkataan rukh Parsi yg bermaksud rata.


 

Next...!

      3.PAYUNG TERJUN
      Beribu-ribu tahun sebelum adik beradik Wright , seorang penulis syair, pengkaji bintang, pemuzik, dan jurutera bernama Abbas Ibnu Firnas telah membuat beberapa percubaan utk membina mekanikal terbang. Pd tahun 852, dia melompat dari menara Masjid Utama di Cordova menggunakan pakaian khas dengan topang kayu (tau tak topang kayu ni ape? kalau tak tau, sila google..) Abbas berharap dapat terbang mcm burung tapi dia gagal. Namun, pakaian khas dia tu melambatkan kejatuhannya so, dia jadi orang pertama yang buat ciptaan berkonsepkan payung terjun, dan dia hanya luka2 sikit aje :)
     Pd tahun 875, dia dah berumur 70  tahun tapi, dia masih lagi tak putus asa n cuba lagi sekali dengan mekanikal yg lebih sempurna. Dia telah menggunakan kain sutera dan bulu burung helang. Kali ni, dia melompat dr sebuah gunung. Dia terbang pada satu ketinggian n kekal kat situ slame 10 minit .. uiiishhh,. xgayat ke dia ni ek??
emmm.. dia mengalami sedikit kemalangan mase mendarat. Semua ni sebab dia tak letakkan ekor pd alatnya. Kalau dia letak, mau terbang tak turun2! haaa~






Nak tau lg??? tunggu post seterusnya eh.. hehee.. see ya ! <3


1 comment: