Showing posts with label insaf. Show all posts
Showing posts with label insaf. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

Nikmatnyaaaaa

     Nikmatnyaaa.. Nikmatnya apa?


Nikmatnya bila sihat boleh jalan sana sini lari merata.
Nikmatnya bila sihat boleh gelak ketawa riang bahagia.
Nikmatnya bila sihat boleh tidur dengan selesa.
Nikmatnya bila sihat boleh senyum tanpa pura2.
Nikmatnya bila sihat boleh makan apa saja.
Nikmatnya bila sihat tak payah makan ubat pahit tak hingat duniaaaaaa..






Wahh aku merindui kenikmatan itu. Ye.. memang aku hambaNYA yang lemah. Sakit sikit rasa macam banyak je yg aku kehilangan. Selama ni Allah bagi semua tu tak terasa sangat pun nikmatnya. Kenapa? Sebab dia bagi free! Cuba suruh bayar. Confirm menikmati setiap detik kannn. Ni bila dah dapat sakit baru nak rindu kenikmatan tu semua.


Perasan tak? Kita akan lebih menghargai sesuatu bila kita kehilangan?? HMMM....see....AKULAH TU! uhukss :'(




hatiku berkata: badan kanan tak sihat. kiri sihat. gimana ya?

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha







      Kau pilih lah mana gambar yang kau berkenan, pastu gi yahoo print sendiri sebab ni semua ihsan Yahoo. haha. Aku mana la pandai nak design sendiri kan. Rabun IT la katakannn.
huhu. tak tahap buta hokayyy . Masih tau IT. Buktinya? entry yang kau baca nih. hehe

    Ok melalut melalut =.='' sebenarnya nak wish Selamat Hari Raya Aidil Adha a.k.a raya qurban je. hehe. Jom sama kita hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dulu. Bandingkan dengan kita sekarang. BESAR SANGAT BEZANYA! subhanallah !


hatiku berkata : sapa sembelih lembu pagi ni angkat parang!

Thursday, October 13, 2011

Doa yang cukup indah

Doa yang sangat indah dan menyentuh hati.

Ye, aku rasa agak rugi sebab baru tau doa ni tapi rasa beruntung juga sebab masih berpeluang untuk tahu . Syukur Ya Allah!

hatiku berkata : Insyaallah cuba hafal dan mengamalkannya. JOMMM SESAME :)

Saturday, October 8, 2011

WAJIB BACA- which one do you prefer?


        Lately isu hudud makin hangat diperkatakan kan? Ada yang sokong dilaksanakan kat Malaysia, ada yang bangkang, ada yang berkecuali ikut je. Aku dapat info ni from satu blog (klik sini) so, aku nak share dengan kau, kau, dan kau. Kau baca, tengok, fikir... which one yang kau prefer?

SEBATAN CARA ISLAM

1. Panjang rotan tak lebih 1.22 meter dan tebalnya tak lebih1.25 sentimeter.
2. Jika pesalah tu hamil, hukuman akan dikenakan selepas 2 bulan bersalin (habis pantang       
    la kiranya)
3. Sebatan tak boleh kena muka, perut, dada, atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri. Yang perempuan pulak disebat dalam posisi duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat menyebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.

#have a look#







SEBATAN CARA CIVIL

1. Rotan terdiri daripada pelbagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaian and kena pakai pakaian cawat.
3. Pakaian cawat tu, tutup tutttt depan jer.
4. Punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Tukang sebat ada yang sebat dengan cara terus. Ada jugak dengan cara sentapan.(sentapan lebih sakit wooo)
6. Basically kulit akan tercabut sekali dan mungkin juga daging. (aku pernah tengok kat penjara pudu. ouchh!)

#have a look too! #



       


 Kita semua dah besar2, dah mumayyiz, dah akil baligh pun. Aku guess semua pun boleh fikir kan? Hudud is not an idealogy, it's a rule stated by Allah. Islam itu syumul dan segala ajaran serta perintahnya disertai dengan hikmah yang besar. SUBHANALLAH.


hatiku berkata: which one??? i'll go with the islamic way.

Wednesday, April 20, 2011

Semua itu milikNYA

        Dalam dunia ni, ada macam2 jenis orang. Setuju tak? Tapi yang aku nak fokus ni orang yang bertuah dan orang yang kurang bertuah. Pernah tak kau tengok orang yang badan solid molid 36-26-36 ? Pastu kulit lawa flawless melepak haiss tak tau nak cakap macam mana lah kan! Hidung mancung bak seludang, pipi pauh dilayang, mata bundar, bibir merekah bak delima. (haha.. peribahasa untuk sedapkan ayat! )Pastu rambut mengurai lembut macam buat rawatan stim ( pastu beliau berkata : eh, taklah. Cuma rejoice... haha ) 

       Orang camni, pandang sekali nak pandang lagi kann..Kalau aku pun nak menoleh dua tiga empat lima enam kali sampai leher naik jammed apatah lagi lelaki secara umumnya dan lelaki mata keranjang khasnya. Cukup tak dengan fizikal begitu?? hah?! Tak cukup lagi??? Baiklah, kita tambah lagi...

       Dia anak orang kaya. Mampu naik kereta yang bapak kau pun tak mampu beli dengan duit kerja seumur hidup. Shopping bukan takat di tesco atau jusco tapi ke klcc, pavillion, boulevard.. Kadang2 siap tempah tiket ke paris nunnnn ( macam la barang kat malaysia ni dah habis) Hidup memang tak payah fikir apa. Duit mak bapak kalau guna sampai mati pun tak habis. Siap boleh pas kat anak cucu cicit sekali kan..... Dapat pulak pasangan setaraf, Anak dato' , anak tan sri. Kenduri kahwin?? Tak main la kat laman rumah. Kat hotel la! Ntah lima enam kali resepsi kotttt.. Tu belum kira bulan madu tour europe. Haiiiii memang jels la menengoknya kannnn!!!

       Tapi,,,,,,, ada jugak manusia yang tak berapa nak bertuah sangat. Dah la badan pun tak cantik, muka pun tak lawa, kaya??? JAUH SEKALIIIII.... Kalau nak makan, kerja lah.. tak kerja takde lah makan. Kalau beli ikan di pasar basah tu boleh dikira shopping, maka kira pernah shopping la kann..Nak mengharap ke tempat mahal2 memang tak mampu la. Mungkin tak pernah idamkan punnn...

       Berbeza tak mereka berdua?? Ya!! zahirnya beza bagai langit ketujuh dengan earth core. Bagai kutub utara kutub selatan. bagai  hitam dan putih. bagai....argghh berbagai2 lagi lah kan. kau pikir sendiri!

          Tapi kan, ada yang kita kena ingat. Dari mana semua kecantikan tu? Dari mana semua kekayaan tu? Yaaa... Semua dari Nya! Kalau DIA kata nak ambik, sedetik pun boleh hilang semua. and kalau DIA nak, si miskin tadi boleh jadi kaya tak semena2. boleh jadi cantik tiba2!

       Itulah..semua milikNYA, bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan janganlah mendabik dada di muka bumi Allah ini. Bagi yang bertuah, berkongsilah dengan insan lain kerana dalam setiap rezeki kita, ada hak orang lain. Dan bagi yang kurang bernasib baik, bersabarlah dan terus berdoa. Mungkin ada ganjarannya suatu hari nanti di alam yang abadi~



nota kaki : aku golongan mana? Tengah2 kott.. huhu.

Wednesday, March 9, 2011

Yang bernyawa pasti akan pergi

Kisah bermula bila nenek sedara aku, nenek sakyah kembali ke rahmatullah sebab accident.
 Kalau tak silap aku, ni kematian first dekat jalan umah nenek aku...
Em.. kat kampung aku, selalunya adik beradik duduk dekat2 
so, satu jalan dengan umah nenek adalah umah atok jalil+nenek sakyah, 
moyang aku( yang lelaki dan perempuan) and umah atok lehan+nenek saunah.
Bila nenek sakyah meninggal, tinggallah atok jalil duduk umah tu sorang2 sebab anak2 pn dah besar and duduk kat umah sendiri.

Mula2, terasa kehilangan tapi cam biase2 je lah kan..Tapi kadang2 sedih jugak sebab teringat yang nenek sakyah selalu tegur aku tym aku sidai kain. Bila Allah dah ambik dia, tak ade lah orang yang tegur2 aku tym sidai kain lagi..
Tapi tak ape, aku percaya ajal maut tu di tangan Allah..
Semoga nenek sakyah senang di sana...
Tak lame lepas tu, atok lehan pulak meninggal.. ( kalau tak silap tak sampai setahun nenek sakyah pergi)
Sedih sangattt... Aku rapat jugak dengan atok lehan. Selalu kalau kenduri kendara atok lehan datang tolong and suka borak2. Walaupun gaya dia cakap cam kasar sket tapi sebenarnya dia baik. Dia selalu kacau2 aku, selalu terkejut2 kan aku.. huhu..
Tapi sekarang, semua tu tinggal kenangan...
Masa atok lehan meninggal, aku tak balik. Aku tak ingat kenapa tapi bile aku tak tengok dengan mata kepala aku sendiri, aku jadi susah nak percaya. Aku rase cam dia masih ada sebab  mata kepala aku tak menjadi saksi yang atok lehan dah selamat dikebumikan.
Tapi macam mana pun, sebagai muslim,aku kena percaya pada ketentuan Allah.
Semoga atok lehan ditempatkan di kalangan hamba yang beriman. amin~

Kisah ini tak berakhir di sini.
Dalam 3,4 bulan after atok lehan meninggal, nenek saunah a.k.a isteri arwah pulak pergi menghadap Illahi.
Masa nenek saunah sakit, aku sempat tengok 2kali kat hospital. Tym 2 aku cuti so, bolehlah melawat. Memang masa kat hospital tu da nampak seolah2 takde harapan. Badan nenek saunah kurus sangat. Nenek yang baik, suka bertanya dah tak bermaya atas katil hospital. Aku ingat lagi, kali terakhir kitorang lawat nenek saunah kat hospital, mama sempat bisik kat telinga nenek saunah. Mama bagitau yang mama datang melawat and mama mintak maaf kalau mama ade salah and silap. Ayah yang suruh mama cakap camtu. Maybe sebab ayah dah boleh rase yang masanya semakin hampir.
Akhirnya nenek saunah kembali pada penciptanya.
Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia. amin~

Kosonglah sebuah rumah bila ownernya menghadap Illahi.
Jalan tu makin sunyi. 
Tak ade lagi borak2 petang kat tepi tangga.
Tak ade lagi usapan manje dari atok dan nenek utk cucu2nya.
Tak ade lagi bergotong royong utk kenduri kendara.
Ahli kami makin kurang....

Tahun ni pulak, moyang lelaki aku pergi menghadapNYA. 
Aku panggil moyang aku ni oyot laki sebab keluarga aku jawa.
Umur oyot dah seratus lebih.
Alhamdulillah oyot pergi dengan cara yang senang. 
Arwah pergi sebab sesak nafas. Mula2 arwah baring lepas tu dia gerak badan sket nak mengiring kalau tak silap aku tapi, tibe2 dah tak bergerak.
Bila atok aku datang check, oyot dah tak ade.
Kesian oyot perempuan tinggal sorang2 tapi nasib baik ade atok jalil. Dia temankan oyot waktu malam2. Kadang2 kalau acik aku balik, dia tidur umah oyot gak. Temankan oyot perempuan.
Masa oyot laki meninggal, aku tak balik. Aku kat uitm mase tu tapi, mase kenduri arwah hari ketiga, aku balik kampung.
Ku tengok oyot perempuan menangis. Sedihnya lah rase hati aku.
Mesti dia rase sunyi, rase sepi.. 
Yelah dah berpuluh tahun hidup sama pastu terpaksa terima hakikat yang Allah lebih menyayangi pasangan kita.

Masa ni aku terpikir something. Aku yang break up dengan bf pun rasa sedih giler. Menanges bagai hape ntah! Aku admit, susah nak lupa. Lagi2 bile ingat balik moment together and tengok barang2 dia yang ade pd aku.
Sedangkan, kalau nak kire, aku tak ade ikatan pun dengan dia.
Tapi oyot hilang suami.
Orang yang lalui hidup dengan dia dari zaman sebelum merdeka sampailah dah bercucu cicit.
Mesti terasa sangat kehilangan tu. Aku tak terbayang........
 Jadi, jalan tu makin sunyi... Makin kurang ahlinya...
Tak sampai 4o hari oyot meninggal,
Amri and Fauzan pulak pergi pada usia yang muda.
Amri and Fauzan ni cucu pada atok lehan and nenek saunah.
Kirenye ni dua pupu aku.
Isnin lepas, arwah accident.
Aku sangat terkejut...
Aku dapat mesej dari mama masa aku kat sungai congkak.
Aku terdiam.Tak sangka.
Aku tengah seronok2 dengan kawan2 aku tapi, 2 orang saudara aku meninggal.
Aku terbayang aku ternampak  abang amri dekat PAS bulan lepas.
Aku terbayang aku jumpa Fauzan masa raya dengan tangan yang patah sebab accident.
Tapi sekarang? diorang dah tak ade.
Diorang ni just dua beradik. Allah ambik dorang sekali gus.
Aku terbayang macam mana mak ayah diorang, wak jaliah and wak ayob.
Nauzubillah~ tak sanggup rasanya nak membayangkan.
Lagi2 bila meninggal sebab accident.
Kereta tu terbakar. Orang sempat tarik abang amri daripada terbakar sekali dalam kereta. Tapi mase tu, abang amri dah tak ade.
Orang cuba tarik fauzan pulak. Tapi, dia tersepit and api terus marak.
So, orang tak dapat tarik fauzan........

Kalau sape2 yang baca paper semalam, Selasa 8 January 2011, ade berita pasal accident tu.

Maka, pergilah mereka dua beradik menyahut janji Allah.

Dalam masa yang dapat dikatakan singkat, banyak kematian dalam keluarga aku.
Aku doakan semuanya ditempatkan di Jannah yang indah.

Namun, kisah ini tak berakhir di sini....
Kisah ini tak mungkin berakhir...


Yakinlah yang bernyawa pasti akan pergi. 
Termasuk aku. Mungkin esok, lusa atau sekarang ni.
Hanya Allah yang tahu.

Walau apa pun, jom kita sama2 berdoa supaya kita mati dalam agama yang mulia, 
agama islam dengan kalimah syahadah dan ditempatkan di kalangan hambanya yang beriman. Amin~

Al- Fatihah buat mereka yang telah pergi.