Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Monday, June 6, 2011

Hey2! ABCDEF dah kahwin larrrrr

      Hai semua,soalan pertama --> kenal ABCDEF?? kau tak kenal memang kau tipu, kalau kau tak tipu, maknanya kau buta huruf. haha! Tapi ABCDEF yang aku nak cerita ni bukan huruf2 yang korang kenal tu, Ni manusia biasa yang makan nasi, ayam, daging, hati, paru limpa, buah, belacan, pecal, ayam penyet dll.. ( erkkk byk sangat dia makan ) hehe


curi seketul dari FB. hehe




so, nilah MR ABCDEF kita tuhhh... Erm.. jap, terfikir tak nape aku panggil dia ABCDEF? terpikir tak?? terpikir tak?? haaa! kalau nak tau, memang nama dia la tuuuuuu...
Nama dia SYAWALUL ABCDEF BIN MOHD SANI . HAAA! baru kau tau orang kampung pun kretif jugak bagi nama anak! harhar.. Nak bahasakan mr Syawal macam tipikal sangat kan? So, ape kate kita reramai panggil dia MR ABCDEF. Mesti sampai bebila kau ingat! hehe...




Ok, soalan kedua --> siapa dia bagiku? yelah sampai jadi entry blog pulak kannnn..over tau! hehe ok jawapannya ini abang aku yang sepusat sepusing ( mak lain-lain bapak asing-asing ) hahaa.. kau hado??! Dulu masa zaman aku kecik2 comel lote dulu kannnn, mak dia ni menjaga aku. So, kita pun jadi rapat lah kan! Dah macam adik beradik pun haa..actually aku panggil dia along tapi, dengan member2 dia terkenal dgn nama ABCDEF ni lah. hehe.. Bukan ape, senang nak bg orang ingat., Tak payah aku dok ulang citer yang sama sampai rasa nak rekod cerita tu and play je bile orang laiin tanya. huhu..




Alkisahnya, MR ABCDEF kita ni dah pun jadi laki orang hah. ( kau jangan nak main kenyit mata dengan dia kalau terjumpa ye! ) tapi kalau dalam hati ade rasa mengidam nak makan kasut isteri dia, silakan! hahaa...Owh, btw, sebut pasal isteri ni, timbul persoalan ketiga siapa pulak isteri dia ek??--> haa.. jeng3...tak lain tak bukan, NOR FADZILAH BINTI ABD KAHAR a.k.a Kak Dila.


jeng3.. ini kak dilaaaaa . hehehe




MR ABCDEF ni before wedding dia dah berkali2 pesan kat aku, rewang tujuh hari tujuh malam. no worries lah, aku rewang 18 hari 18 malam! ( haa..ok, yang ni nampak no menipu!) hehe. takdelah berhari2 sangat aku pi, ade lah 2,3 hari before tu tolong2 sikit.
Kita kat kampung ni still amalkan rewang2 ni. Kira macam gotong royong masak segala lah kan. Kalau kau orang bandar, maybe kau dah tak merasa macam ni kot... Kau makan catering jer, takpun makan kat dewan besar ber-air cond nun. Tapi kita kat kampung memang rewang2 lagi. In fact, majlis tu jadi lagi meriah sebab ramai orang kannnn..


Ok, so, dah tau kan yang MR ABCDEF ni dah kahwin?? Ape kata tengok gambar sikit2 nak???
Maaflah aku tak punya kamera apatah lagi DSLR. Gambar2 dari kamera henfon buruk je lah yang mampu aku bagi.. hukhuk.


ni gambar malam berinai

cettt.. bontotkan kameraku pulakkk

orang kompang!!

barulah nampak pengantin berdua ni hah

yang hijau tu kakak a.k.a adik abcdef. masa malam berinai dia kipas pengantin tak lame lagi dia
pulak yang dikipas. hehe





banner haruslah ada kannnn.. nak menyambut tetamu la katakan

khatam quran and marhaban pagi tu



dari kiri : ABCDEF, saparol and zahid



KALAU TAK SILAP, ni Kemal, kawan baik abcdef, KALAU TAK SILAP  laa.. huhu

akhirnya, sampai jugak pengantin hah. lebih kurang pukul 1.30 la




kau nampak pengapit baju hitam tuuuu??
nilah bf kakak! abang salleh :) haha...
dah bocor rahsia kakak :P



 sesi bersilat silat ni haruslah kannnn

tabur gula2 pun ade untuk anak2 kecil. ya! saya bukan golongan itu.. huhu








Emmm rasa macam ade something wrong tak dengan entry ni?? emmm ape ye?? oh baru perasan gambar aku takde. Hei! Mana boleh macam ni. Gambar tuan punya belog pulak takde kannnnnnnn
Ok, jangan tegur bab tudung, dah nak petang tudung pun dah serabaiii.. lagipun tak boleh nak lawa sangat3 nanti pengantin kalah . hehehe



cik syidah ni pun ade jugak. dijemput :)



ok, kau dah penat dengan entry ni?? aku pun dah penat menaip. hehe! ok bye :)



hatiku berkata : taknak kahwin lagi. ( harap2 joe jambul pinang ...kehkeh)


Tuesday, May 31, 2011

Report dan Rumusan MEdSI Basi


    oK.. this is a quick review of my medsi interview last saturday..
   rasenye semua ok sesangat.....rasa2nya ada harapan nak pi degree in TESL bulan 9 ni. INSYAALLAH.. doa2kan ye rakan-rakan :)
  Oh ye! terlupa pulak,.. tarikh yang sama jugak, my abang sepusat sepusing nikah.. Tahniah MR SYAWALUL ABCDEF! :) semoga bahagia ke akhirat yaa! ( bukan tahap anak cucu cicit lagi tauuuuuu ) hehehe



         nota kaki: bla..bla..bla..bla.. aku memang sesangat busy dengan proses pindah kedai. tambah marathon tuition sebab nak ganti untuk next week punye! 

Sunday, May 1, 2011

you've taken the prince!


ihsan google


kau kenal depa dua ni?? kalau tak kenal sila hantuk kepala sekarang! hoho~

so sweet la both of them ini. Cam kisah dongeng jadi kenyataan kan kan kan??
yela..typical fairytale story, orang biasa kahwin dengan putera raja. Siapa tak mau???
aku mauuuuuuuuuuuuuuuu

After 8 years memadu cinta menyulam asmara , (cehh..ayat tak boleh bunga lagi?)
They made it!! 
Gigih tau aku tunggu kul 3pm till 830 pm masa dia kahwin tu..
Amazed giler..( sambil bayang kate tu adalah aku) harharhar
Tengah syok syok aku menengok, berkatalah bapakku

" ntah hape la nak tengok sangat orang barat punya perkahwinan. Bukan ape pun...Macam la esok tak boleh tengok kat internet. Bukan susah, bukak je internet, semua ada"

Perghhh..macam belati tajam menusuk jiwa wa cakap sama luuuu..huhu..biarlah aku nak tengok! grrrrr....

Do i care?? huhu..aku tengok jugak sampai ke sudah!!
Baju Kate nampak macam simple kan dan sopan kan? aku rasa orang melayu kita sekarang lagi barat daripada barat. Kalau memakai dress segala lurah dendam nak tunjuk..segala aset nak bagi nengok...

ihsan google jugak

sopan kan? lengan panjang, labuh....herm..suka sangat , tak tau nak cakap hape... =.=

pada mata kau baju macam simple.. dalam hai aku cakap, ''ala..senang je buat baju dia ni"

Tetiba harini aku baca dalam paper mak haiiiii...
baju dia semua hand made lah!! Pastu, orang yang jahit baju tu basuh baju every thirty minutes...and jarum yang diorang guna untuk jahit baju ni pun dibasuhkan dan ditajamkan setiap 3 jam!!
alahaii....tarik balik statement aku kat atas tadi tuuuu...tarik balikkkk...huhu..

masih ihsan google

part kissing2 ni memang semua pun tungguuu...hahah..
sama macam masa lady diana kahwin dulu kan..kat balcony yang sama and short kissing session yang sama...awww... :P

Kahwin2 jer terus dapat gelaran duke and duchess of cambridge...seronok kan??
tapi lama lagi la mereka dua ni nak jadi king and queen..sebabnya, si charles pun tak naik takhta lagi.. hahah!! 
ape2 pun, janji dah kahwin dengan anak raja kann????
selamat berbahagia will& kate! :)



nota kaki: tak harapkan kate pun.. hanya joe..* wink!


Sunday, March 20, 2011

Majlis Perkahwinan Iwan dan Rose



Haaa. tu dia cik penangtin kita. Both of them are soo sweet. Tahniah pada acik yang dah tak boleh nak join gang2 orang bujang! haha. Sila ambik borang keluar kelab bujang.
Semoga berkekalan ke akhir hayat yaa.. Walaupun majlis cam tak berapa nak vavavoom sangat sebab hujan lebat tapi, yang penting, its done right? 
kelakar jugak sebab penganti berjalan dalam hujan. haha.. Takpe, sejuk rumah tangga. hehe.
To cik Rose, my new family member, welcome to this family :) 

Jom join gambar2 ni..


thats the groom and bride


persembahan silat from rakan muda ijok



hujan lebat so, org terpaksa tengok dari khemah jer. also cannnn.. haha 

my aunt, my cousins, and me with the king and queen of the dayyyy

yes. sempat posing after karok! hehe








  Oh ya sebelum lupa, orang tua2 kata, kalau nak elak hujan waktu kenduri kahwin, baling la baju atas bumbung and katanya lebih menjadi kalau lempar yang dalam2 . KATANYA. haha
Berkesan atau tak, aku tak tau, aku tak pernah try . Nanti kalau aku dah try aku bgtau eh! :P hahahaha.... 
Papepun, selamat berbahagia acik! :)


Tuesday, January 25, 2011

selamat pengantin baru???

Ape kaitan entry ni dengan aku??
hahaha.. usah bertanya tapi, itulah persoalan yang aku dapat hari ni.

For your information, aku ni memang suka gedik2 ngada pakai inai kat tangan pastu lukis corak2.. ( bajet lawa ah kau!) huhu..
Aku buat for fun je la kan.. tak ada niat hape pn..
Alkisahnya begini......

Petang tadi lebih kurang pukul 5 lebih camtu la..aku, dyanne, yamyam, and wan alia gi pkns. Kitorang nak survey baju pengantin or baju songket untuk drama kitorang. ( kitorang buat crite pasal cik siti wan kembang for final drama)
Kau tau bape harga yang diorang offer??
RM350-1OOO----> kau giler??!
weiii! ni nak gune atas stage tak sampai setengah jam pn ok!
So, tak jadi lah sesi nak sewa menyewa kat pkns tu ye!

After that, kitorang pun gi la mcd. Aku nak try prosperity burger tu sebab mmg aku tak pernah try pn. Selama ni aku makan mc chicken jer.
After order tu kena tunggu jap sebab worker tu nak bungkuskan. Pastu, dah siap bungkus tu, dia nak bagi kat aku. Aku pun sambut guna tangan kanan aku yang berinai tu.
Yela. aku ni kan gadis melayu pnuh adab sopan ketimuran.cewahhh!! ^_^ 
mestila gune tangan kanan kan.. hehe..
Pekerja :  terima kasih..sila datang lagi..selamat pengantin baru..( sambil tersenyum)
aku : ??????????????????????????????????????????????????????????????????????????? huhuhu

Ok.. tu baru satu kes..
Pastu aku pun jalan kat tempat tunggu teksi sebab nak tunggu bapak aku.
Aku lalu depan 3 0rang pakcik teksi..
pakcik 1: ohh..pengantin baru ni..
pakcik 2 : ( mendengar dan mungkin angguk)
pakcik 3 : ( maybe sama dengan pakcik 2)
aku : ??????? once again?!

Monday, January 17, 2011

Hantaran buat si dia....


Seperti minggu2 yang lepas, tetiap minggu aku mesti balik rumah kalau tak ada hal lah kan.
Tapi basically aku jarang giler tak balik sabtu ahad tu. hehe. Minggu lepas pun aku balik juga kerana aku ada satu misi. haha. Misi ni memang penting! Bak kata omputih, important, crucial or vital hehe.

Inilah aktiviti aku hujung minggu lepas. Yakni sabtu dan ahad.

dulang ni 2 minggu lepas aku dah buat dah...
sebab aku malas nak kelam kabut. hehe
ni barang2 yg kena gubah








hahah.. hambek kau! bersepah umah aku




Tema kali ni biru putih tapi, agak susah la nak cari barang semua putih kan... so, aku campur la dengan kelabu sikit. Kiranya biru kelabu la tapi lawa jerrr ( ceh, puji diri sendiri wekk :P)



Haha. siyes aku tak ada idea bombastic gler babeng tu weh. huhu. Disebabkan nak letak dalam bakul tu so, agak terhad la untuk gubah hantaran ni sebab nak pastikan fitted dalam bakul tu. Kalau terkeluar2 apa cerita wei! huhu.. Lagipun kasut tu jenis tapak tebal so, camtu je la yang aku mampu. Lastly taruk ah reben sikit sebab nak bagi ada color biru tu!



Haaa.. ini pulak set perfume. Jenama Versus kalau tak silap aku. Aku tak familiar sangat dengan perfume2 ni tapi wangi gak la perfume ni. Disebabkan bakul tu dah sedia ada cantik--hehehe-- and perfume tu da molek2 dalam bungkusan, aku lilit reben sikit je kat tepi kotak perfume tu pastu letak la sarang2 burung tu sket kan.....



Jeng3.. Ni pulak kain ela untuk buat baju. Siyes kain dia lembut giler! Takut aku nak gubah tau..Takut tersangkut kamane2 or tersangkut kat bakul tu ha.. Kalau rosak kain tu..sapa nak jawab?? Jadi aku letak je dalam kotak dia balik pastu lilit reben ( asyik2 reben kan! huhu) ok tak?? Ok la kot kan..


Ini sejadah ye anak2!! Kolaborasi antara aku dan mak aku maka terhasil lah bentuk cenggini.. Bentuk ape?? Emm.. buah tiga biji kot. hehe. Sapa tak nampak bole tempah nisan sekarang! ( huhu,, joking)


Hah. cincin adalah hantaran wajib kalau ada majlis2 cenggini kan... so ini tempat la tempat nak letak cincin tu tapi frankly speaking aku tak berapa berkenan so maybe minggu ni aku nak balik nak ubah kott... Macam kosong sangat kan? Lagipun tapak bekas cincin tu cam tak berapa kukuh ar. Takut gak kalau terpelanting ke cincin tu time otw kan.. hahaha haru biru la majlis sesuai dengan tema biru. haha..

Last sekali, bagi aku yang paling susah nak gubah telekung. Sebab ape? Sebab nak dapatkan kerawang2 tu. Macam2 style aku dah cube. Mula2 ingat nak buat simple je cam  bulat konon2 buah kan tapi pastu tertarik plak nak buat bunga. Mula2 aku gulung kerawang kat tepi telekung tu jadi bunga but then aku pening mana aku nak sorokkan lebihan kain telekung tu lagi. Telekung kan lebar.....

Pastu aku buat bunga lagi kat belah telekung yang kosong tu. Tapi tiba2 aku terbuat rapat sangat plak dengan bunga kerawang tu td . Aku dah start fed up dah. Mak aku plak kata ok tapi, aku rasa tak ok!

Aku bukan bunga kerawang tu sebab aku lagi sayang bunga daripada kerawang tu. huhuhu.. Pastu pikir punya pikir jadilah camni..



Ok tak?? ok la kan untuk amatur sepertiku ini. huhu. payah tau nak buat bunga and tepi tuh!






Eh.. lupa plak nak bagitau. hehe. Ni bekas untuk cupcakes. Kenapa guna rama2? Sebab bunga tak cukup! haha
Tapi tak ape la.. rama2 pun comel what....kan3??


Mula2 nak buat dulu ingatkan senang je. Bila aku tengok mak andam gubah hantaran..dengan sedikit riak takbur aku cakap dalam hati ''eleh..setakat camtu aku pun bole buat'' tapi, bila dah buat sendiri ni.. hambek kau nurin! susah jugak tau!



 
Jeng3.. 6/9 daripada hantaran tu semua. Aku lupa nak letak box cupcakes tu . Ala lagi pun tak ada isi pun kan... huhu..
This week aku nak kena buat lagi dua--coklat and sireh

 YEAYY!! ini lah hantaran untuk si dia :)