Showing posts with label uitm. Show all posts
Showing posts with label uitm. Show all posts

Thursday, November 3, 2011

Berakhirnya hectic weeks

     Kenapa aku kata tulis weeks bukan week? Sebab...sebab....sebab sebab dah ber'week week' hidup aku hectic and quite miserable. We had lotsssss of presentation to deal with, Presentation Tamadun Islam dan Asia Tenggara (TITAS) lah..presentation literature lah, and yang paling mencabar jiwa raga minda rohani jasmani emosi *over tau Nurin!* hahahah was Education Philosophy presentation! Bukan susah nak present tuh tapi susah nak memahamkan apa yang nak dipresent. erkk kau paham tak ayat aku ni? huhu.. 


    As a presenter mestilah kita nak present terbaikkk punya bagi orang lain faham kan? And most importantly , nak bagi lecturer faham sebab ni graded wooooooo! I had to present with another two classmates, Adibah and Ira on the pioneers in education. Hambik kau! sah2 semua pioneers tu omputeh kan. Gedikss tau nak belajar pasal Barat punya educational system. huhu. Tapi, what to do, dah falsafahnya datang banyak dari diorang ye dok? huhu. Jenuh aku nak memaham si pakcik John Dewey punya philosophy pasal pragmatism tu. Sekarang aku dah paham la. Yelah, after 2,3 hari menelek information yang tak sampai 10 pages tuh. Huhu. Korang nak aku kenalkan dengan pakcik tu? Tak payahla, buat memening aje ! haha, (kalau kau tak belajar pasal ni la. Kalau kau amek education sah2 kau kena pahamkan! )


     Lepas siap presentation semua and dapat markah penuh. Yeaaaahaaaa. loncat loncat. Ingatkan boleh la berehat senang2 berjimba bersama kawan tercinta. Tapiiii quizeS menanti pulak! aha. Aku tak tau camne markah linguistic and counselling aku. Rasa buat ok dah. huhu. Redha je lah. Dah usaha kannnnnn :D


     Habis quiz rasa fuhh minggu terakhir before cuti ni boleh rilexxx. Tapiiii ade lagi dua quizes! Adeh. Literature dengan Philosophy of Education pulak tuh. Literature aku macam hmm okay sebab cover short stories je which had been well discussed with Puan Syahreena. Tapiii Philosophy?! erkkk walaupun take-home test ya rabbiii banyak gila kena buat. Literature quiz harini. Take-home philosophy test pun kena hantar harini. Aish! Dengan aku ada debat lagi malam semalam sampai pukul 10 lebih kauuuu. Mau tak rase nak meroyan ? haha. Ok part meroyan tu over :P


     Berkat kesungguhan, ketaqwaan, dan semangat yang jitu dan unggul, aku buat quiz and submit philosophy test dengan jayanyaaaaaaaa! Oh my. Rasa lega gila, meraikannya dengan makan cendol di Pegaga seksyen dua dan ponteng Kesatria. HEHE . Alaaa.. penatlah. Lagipun sampai Mawar dah dekat pukul lima. Mana nak naik bilik yang nunnn jauh di kayangan *errrr maksud aku tingkat 3 * , mana nak solat, bersiap, iron tudung lagi, Hadeeehhh kita cuti Kesatria lah minggu ni ye Syidah ? :P LOL


     Akhirnya.........berakhirlah hectic weeks aku sebab esok start cuti for raya korban and mid sem break! Yeay cuti seminggu. haha. Kau ado cuti macam aku? Kalau ade, jom loncat sesama. Kalau takde sila jeles. haha.




bangga dan bahagia cuti sebulan. eh semiggu je lah!


hatiku berkata: tiba2 harini kesatria tak kawad, pertolongan cemas je. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. 

Wednesday, November 2, 2011

Rengit oh Rengit

From google

Ini bas express. Sapa pernah naik bas ni? Orang Johor ada kot yang pernah naik bas ni. Selalunya lah kan, bila sebut bas express mesti ramai bayang nak gi jauh jauh kan?? Oh NO NO NO ... Aku hari2 naik bas express ni . Bukan sebab nak melancong tapi nak melencong. Opsss.haha. Takda lah nak gi Intec lah! Melencong amendanyaaaaaa.

As everybody know kannn , kan ke kolej Mawar harum wangi bunga hatiku tu kat seksyen 7. Fakulti aku pulak kat seksyen 17. sah2 la kena naik bas kannn. And they provide this bas Rengit for us. Seronok tak seronok tak ada bas? -.-''

Seronok memang seronok sebab tak payah nak naik bas rapid yang kena bayo 2 hengget tu. (sebab kena tukar bas kat seksyen 2) tapi...tapi..tapi.. kenapa lately Rengit asyik lambat je pagi2? Luluh hati mak!

Sepatutnya ada bas setiap setengah jam start dari pukul 7.30 tapi sekarang ni abang Rengit datang pukul 7. Berduyun2 la umat manusia nak naik satu bas tuh! HUH! Lagi bengang bila yang tak mau ke Intec tapi naik bus tu. WOIII KAU MENYEMPITKAN BAS TAU TAK! Naik la bas yang dah disediakan  ke fakulti kau. Takpun naik la Rapid dalaman. Seringgit je kot! Kitorang ni dahla bas lambat, fakulti jauh pastu nak menyempit2 dalam bas dengan korang ..Heeeeiiii Tak kuasa mak!

Rengit oh Rengit tolong datang cepat sikit. Kami nak sarapan. Kami taknak datang lewat. Kami penat tunggu lama. Sengal oh sengal tolong naik bas ke fakulti kau. Jangan menyesakkan bas fakulti lain.






hatiku berkata: ehh mana abang Pit Bull? Lama tak nampak bawak bas.

Friday, September 30, 2011

I loveeee making new friends

          Kat UITM ni rasa macam majlis reunion pulak. haha. Jalan2~ eh, kau...jalan lagi, eh kau pulak, jalan jalan jalan, eh tu senior aku. Tu junior aku. hahah. Siyes aku asyik bertembung bebudak SMAP je lately. Tapi aku seronok lah. Seronok masing2 dah ade life yang bagus. Seronok tengok masing2 sihat, and seronok bila diperkenalkan dengan kawan2 merekaaaa~ haha *mood renyam- ON.


       Teka, siapa yang aku paling heksaiteddddd sekali bila jumpa? Teka teka teka. Aku bg seribu hengget. Ok masa dah tamat, takde sape jawab kira aku tarik balik seribu tu. hahaha!
haha! duit masuk poket aku balik. :P
          
Ok, aku excitedddd sesungguhnya bila jumpa azuhairie. *wah wah kau nurin...yg perempuan tak excited, yang spesies ni beriya kau ye! :p Nak buat cane..Law of attraction . hehe
Ok, sebenarnya he's one of my good friend la kan when i was at smap dedulu. Erkk but, i dont know if i am one of his good friend. Boleh gitu?? Boleh laaaa....

comel je kawan baik mcm ni kan?? hehe

       I think I met him twice during orientation. And then couple of times on bus. Owh ya.. Rapid mmg selalu berjasa buat program jejak kasih ni. haha! So, we decided to have lunch/ dinner together. Tapi, dua tiga kali jugak lah kita postpone sebab aku ni kan belajar kat Intec nunnnnn... Payah sket nak kuar tetiba ni kan. Finally, time aku submit PTPTN form hari ahad haritu, kitorang gi lunch sekali sbb PTPTN rehat jap and it's not my turn yet. 


      Aku pun hangkut la si syidah sekali. Dia ni mmg kemana mana pun aku hangkut ajak teman. haha. Kawan2 aku pun ramai yang dia kenal. Azu or known as Ayie here * erghhh I love to call him azu more. ok never mind! bawak kawan2 dia pulak. Yes! haha. Dapat kenal2 mamat engine. haha. Bosan dah aku menengok mamat Tesl je de dok? Kali ni kita besarkan skop kawan tu. hehe


    Azu pun ape kurang, dia angkut kawan dia 3 orang kauuuu. Arif, Ridzhan, and Ikhwan. Three of them mula2 mcm malu2 especially Ridzhan. Hmm.. sebab baru kenal kot. Ke memang pemalu? shy shy cat bak kata si syidah. :p  The funniest part was syidah sentap dengan mereka2 sebab masing2 tolak menolak tak mau dok sebelah dia. Azu sah2 sebelah aku kan sebab kita dah memang kawan. Ikhwan pulak sat next to Azu. Arif dengan Ridzhan lah dok bertolak2 sapa nak dok sebelah Syidah sampai Syidah terpaksa cakap

"Weh..aku bukan dinosour la makan korang"

~ini bukan syidah okayyyyy~

      Haha, chill Syidah, diorang segan tu. Baru kenal kannnn~ Kitorang pung pang pung pang borak sampai pukul dua. Kenyang makan nasi, kenyang makan asap -.-''. Koranggg tolonglah aku nak hidup lama and taknak korang mati cepat. Quit smoking later ya :) * arif, ridzhan, syidah and I are passive smoker :p . Seronok seronok jugak sebab jumpa kawan lama and baru tapi makkkkk terlepas dah number giliran PTPTN tuu...Haha! Padan muka kau Nurin, leka sangatttttt. Ehhh apa salah aku pulak?? Bus rapid tu yang lembab. Boleh pulak mesin top-up kad tu rosak and the driver had to repair it like 10 minutes? URGHHH! 

         Nasib baikkkk la pegawai PTPTN tu kata tak payah ambik number baru. Boleh terus masuk je. Haiii kalau kena ambik number baru, alamatnya berkampunglahhhh aku kat dewan seroja tu. Yeayyyy!! PTPTN dah lepas, and dapat kawan baru :D 
........


........


........


........


........


.........

       Hoihoihoii... nanti dulu la, tak habis cerita lagi nih. -.-'' . The next day which is Monday, Ikhwan ajak ke KFC pulak dah. Tapi tak dapek nak nolong sebab kelas habis lambat kan. Penat pulak nak keluar malam. Dahlah ayat ajak makan dia tu macam diktator gila!
      Mlm ni makan kat KFC..Pukul 9 sharp. Lambat tinggal. 
      Mak aihhh~ memang tak sempat der... So, kitorang decide to go on Wednesday.

      Korang tau apa jadi Rabu tu?? * haihhh memang la kitorang gi KFC. Tapi ape cerita disebaliknya? Haaa tak tau kan? tak tau kan... Meh sini nak habaq!

      Al-kisahnya, Kolej Jati tempat diorang tinggal tu terbakar! TERBAKAR! Ye, terbakar around 3 pagi tu. Aku tau lambat sket cam tengahari lah kan. Aku pun call la Azu. Yelah, risau lah jugak. And shockingly, Azu kata Ikhwan injured and warded. I was like.. eh betul ke? Boleh percaya ke? Ok takpe.. call Ikhwan. Mana lah tau Azu main2 je..
     
     After a while, his friend pick up the call.

                        " Ni kawan wan ni. Wan kat hospital. Sekarang dia tengah tido lagi. Ade nak pesan apa2 ke? Ni siapa ye?"

     Ok... Ikhwan betul2 terbakar lah Nurinnnn :0 Takpe, breath in..breath out. Tido jap.
.....

.....

.....
      Woke up for Asar prayer, grab the mathurat and also the yasin. Please save my friend and the others. 

       Even ade member warded pun, malam tu gi KFC jugak! haha. Azu kata, kawan2 dia macam tak nak gi je. Hmm.. takpelah, mana yang ada jer. Sampai KFC, nampak Azu, Arif and Ridzhan. Owh! lupa nak bagitau, aku bawak Syidah, Mimi and Malina. Azu yang suruh bawak ramai2 sikit. Lepas order makan kat atas. Tengah borank-borak, Azu kata ade lagi kawan dia nak datang.. Jengg jengg jenggg.. Ada pulak Ikhwan nih! * which mula2 aku tak perasan sbb dia tak pakai spec. Masa lunch haritu dia pakai. Ouchh! tipuuuuuuuuuuu~ -.-''
Sentap jugak tapi a bit relief lah kan sbb everybody pun selamat. 

pheww~ jangan memain lagi tau tau :D

      Kat KFC pun got new friends, Afnan, Adam, and Thaqif. I loveeeee making new friends! Especially bebudak science ni. Bangga je rasa ada kawan pandai2. heheh. So that's the end. Nanti boleh ler kita gi seksyen 7 ke, i city ke, movie ke, karok ke..* dushhh! idea kau tu semua idea nak perabis duit tu Nurin! 


Kita suka kawan dengan awak, awak, awak,dan awak semuaaaa :D



   

hatiku berkata : sapa lagi nak kawan dengan aku?! angkat tangan!*tetiba
        

                                          

Wednesday, September 21, 2011

Bab baru seorang Nurin

         Lamaaaa sangat aku tak menghapdet blog ni. Sejak blog post terakhir yang dah lebih sebulan lalu tu kan! Bulan puasa aku takde buat entry pape...Raya pun kan?kan? Sebenarnya dalam otak ni banyakkkk sangat benda nak cerita. tapi, dalam otak je la kan. Tak terzahir kat sini pun. huhu. Tapi takpe la, kan aku dah update ni :) 


          Well, tajuk entry pun pasal bab baru kan, haruslah aku story apa yg baru pada aku kann. Okay, bab yang paling tragisnya, berat naik mencanak 3kg! Hambik kau Nurin~ Cuti 6 bulan senang lenang ye..Sumbat apa mau, senam tak mau. HAHAHAHA *aku je boleh gelakkan diri sendiri mcm ni. Korang jgn gelak -.-' diam diam aje.


  alahaii ni gambar raya yg aku dah naik 3kg tuuuu.. Remain mcm ni ok lg kot, tapi lebih lagi, mak tak mampu. huhu

           Bermaaf maafan di hari raya mensucikan dosa yang tak tau la berapa banyak aku kumpul. huhu.. Lagi2 dengan mak bapak tu kan, bukan nak kata aku ni semedang je nakmelawan bagai tapi, manalah tau ade yang TER kan.. TER TAU! Perasan tak, kalau raya, ade orang akan cakap, "kosong kosong ye" . HOI HOI... memang la aku tau kau nak kosongkan tabung dosa tu, tapi ape salahnya cakap elok elok sket. 

''Selamat hari raya maaf zahir batin ye, mintak maaf la kalau ade buat salah silap selama ni''
Haa sejuk hati mak dengar mcm ni :) Kiranya sekarang, buku dosa pn dah bukak bab baru, huhu. Harap2 bab ni lebih baik daripada bab2 lepas kannnn... Haruslah berusaha Nurin!

           Ok, bab terpenting aku, bila dah bergelar degree student.. Cehh,, rasa bangga giler tau dapat title tu. haha! Alhamdulillah, dapat sambung study and i'm doing B. ED TESL. 4 tahun lagi JE nak grad ( je tu nak sedapkan hati sendiri) huhu.. Alaa tapi kan kan kan.. lepas 4 tahun tu berlalu, confirm ayat ni kuar dari articulatory system aku..

" Pejam celik pejam celik dah  4 tahun kan? Kejap je . Macam baru daftar semalam"  

Haaa.. psikik tak psikik aku ni. Dah tau dah nak cakap ape 4 tahun lagi . haha! Sebabnya, lepas habis sekolah rendah dulu, aku cakap mcm tu, lepas habis secondary school pun aku cakap mcm tu! haha. Ecececeee confirm, korang pun ntah2 pernah cakap mcm tu kann. Ngaku sekarang.!
           Eh, lupa pulak nak cakap, (even ramai je dah tau kann) yang aku ni masih di UITM Shah Alam. Ni memang kes UITM di hatiku lah ni. Malas aku nak berpindah randah tok nenek segala gi U lain . Huhu. Lagipun best ape UITM! Even ade orang kata 

"alahh UITM tu, bukan susah pun nak masuk. Result tak bagus sangat pun boleh apply. Dahla sosial teruk, U bumiputera pulak tu. Takde persaingan langsung. Tak class la UITM."

            Eh eh, Hoi hoi, Helloooo.. rasa nak ganyang je orang cakap mcm tu. Kau tak dok dalam ni kau tak tau la. Eleh2 nak berlagak konon, entah2 nanti, anak cucu kau buat rayuan nak masuk UITM ni. UITM ni bagi peluang to everybody. As long as kau nak belajar. Pasal  sosial pulak, tu terletak pada diri masing2 lah kan. Yang kau pi ikut orang bersosial bagai nak gila mabuk2 ke club raba meraba atas bawah depan belakang tu apesalllll???! Pandai2 la jaga diri weii.. Kat UIA pun ade kes mcm tu lahhh. Kat UM pun ade budak buat hal. Alaaa kalau nak bersosialsial macam tu, tak payah dok UITM pun bole buat lahhhhhh.

            Jadi, pandai2 lah kita menjaga diri ye :) Aku percaya kau kau kau dan kau pun dah bukak bab baru kan? :) Jom kita sama2 kekalkan prestasi bab ni. Hoyearhhh! Go go go go Chaiyokk!


hatiku berkata: topi kesatria hilang. demmm tak boleh beli topi jer =.='

Tuesday, March 8, 2011

tamat sudah

Hari ni hari jumaat, 3hb Mac 2011.
Hari ni hari yang penuh barakah kerana Jumaat ialah penghulu segala hari.
Alhamdulillah, semoga kita turut mendapat keberkatanNya pada hari ni.

Tapi, hari ni jugak, kelas terakhir untuk semua budak asasi.
More specific, TESL students.
Sedar tak sedar dah setahun aku kenal kau,kau,kau, dan korang semua.
Apa perasaan aku?? Aku seronok sangat!
Kenal korang bermakna aku tambah kenalan aku. Aku kenal makin ramai umat nabi Muhammad.
Kenal korang bermakna aku semakin lengkap sebab korang sebahagian dari aku.
Kenal korang bermakna macam2 ragam dah aku jumpa! haha.

Syidah dengan gilanya
Dyanne dengan Biebernya
Yong dengan fabulousnya
Malina dengan badan kurusnya
Mimi dengan Fathinya
Nyna dengan MP3nya
Nashra dengan Aimannya
Aiman dengan Nashranya
Zhafa dengan gelaknya
Afif dengan garangnya
Rauf dengan malunya
Zakwan dengan specknya
Fattah dengan charmingnya
Arif dengan telinganya
Faiz dengan Chris Martinnya
Shu dengan hensemnya
Maya dengan rambutnya
Feza dengan bodynya
Nor Syamimi dengan sopannya
Yaya dengan putihnya
Bazlaa dengan sorang2nya
Nisa dengan diamnya

Asyraf dengan Chelseanya
Din dengan sarcasticnya
Thoriq dengan tall, dark, hensemnya
Fathi dengan seluarnya
Hilmi dengan motornya
Am dengan slang utaranya
Fara dengan rajinnya
Amal dengan tudungnya
Fns dengan bracesnya
Wan alia dengan samosanya
Azaa dengan broom2nya
'Alia dengan alimnya
Nora dengan muka seriusnya
Famun dengan bajunya
Fatin dengan specialnya
Wan dengan 'supporting detail'nya
Syaz dengan halusnya
Yam dengan cantiknya
Rus dengan manjanya

See?? macam2 ragam ada kan? Haha seronok sangat sekelas dengan uoalss...
Kalau ikutkan hati aku nak tulis pasal semua Teslian tapi alamak! tak sempat pulak. maybe lain kali kay! haha..


Apapun, thanks semua sudi jadi kawan aku selma ni. Mungkin aku bukan kawan yang baik untuk korang and aku pun manusia biasa yang tak sempurna, ada cacat celanya kat mana2 tapi, korang as kawan aku melengkapkan ketaksempurnaan tu.
Terima kasih korang!
Surely, nanti aku rindu semua and moment kita sama2. Pahit dan manis.
Aku harap kau, kau, dan kau tak lupakan aku tau!
Keep in touch ya!



Lots of love <3
Nurin 










p/s : kawen jangan lupa jemput! hikhik





Tuesday, March 1, 2011

Aku sayang korang

Lame giler kot aku tak menhapdate blog aku ni.. huhu
kesian dia :) tapi takpe...kan ake dah up date ni..kan3?hehe :)

Ntah kenape mood aku malam ni rasa terharu dekat semua yang sayang aku...
( caiss.. ayat mcm ramai yang sayang jer..) hahaha...
Ok, tak peduli korang nak cakap ape, aku tetap nak cakap aku sayang korang!
Terima kasih mak bapak dah menyebabkan kewujudan aku di muka bumi nih...terharu kejap..tarik nafas..lepas....hah!

oK, sambung lagi..datuk nenek pakcik makcik sekalian walaupun korang tak baca ni sebab tak tau pn kewujudan belog ini sebab yela..name pn datuk nenek pakcik makcik kan...
sayang korang jugak ( especially atuk yang rajin belanja tpup) hehehe

Tak lupa kepada kawan tabika kemas taman pekerti, cikgu jamilah ( pehh..bangga dowh masih ingat zaman tabika...haha) dan kak long yg ari2 buat kuih and air bg aku makan.. terima kasih dong! sayang korang jugak.
Ok next!

kawan2 dan cikgu2 Sekolah Kebangsaan Jeram and Sekolah Rendah Agama Pekan Jeram serta pakcik makcik pekerja sama ada di ofis berhawa dingin atau bilik kecik simpan penyapu, sayang korang jugak!

Hah! ni penting nih!
To my lovely2 friends and teachers at Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang atau kalau nak berlagak omputih sket Federal Islamic Secondary School of Kajang ye anak2!
ni yang aku SAYANGGGGG SANGAT! korang bagi aku macam2 pengalaman.. macam2 rase ade..kau pilih je nak manis, masam, pahit, payau, kelat..
sume ade kat smapk a.k.a fissk nih..
Aku kenal kau, kau, kau, dan kau, dan aku kenal dia! haha
dahlah nurin...tak payah nak dia sangat. huhu
Anis Suraya, the best person i've ever known.
aneh, kalau kau bace entry ni sila menangis sekarang dgn alasan terharu dengan aku! haha
Tapi, bukan la si anis a.k.a aneh ni jer yang best..
semua pn best! rumah biru, f05,f06,f07,f08, marikh, musyie, nept,ura, zuhal, kejora dan yang sewaktu dengannya juga besttt sangat!
Konklusinya aku sayang semua berkaitan dgn smap.
.erkkk..nak buat pembetulan sket..tak de lah semua sangat.. hehe tp 99.9 % sayang! :)

Ok after smap haruslah sebut tentang UITM kan....
im currently studying here so, i just love UITM!
UITM DIHATIKU!
kawan2 uitm..my roommates :)  budak2 asasi Tesl, kelas 1C and 2C.dan yang sewaktu dengannya!
opss... not to forget, my lecturers! u are awesome! :)

Hem... tu jer kot... pendek kata aku sayang semua lah..kalau ade yang tak termasuk dalam list tu, jangan risau aku sayang jugak.. ( nada pujuk + rase bersalah + bajet diri penting )
Mood malam ni mood sayang menyayang. hahah motif??
den pun tak tau la jang oiiiiiiiiiii...


p/s : SAYANG SEMUA :)

Opss...